Ketika saya memikirkan sesuatu isu seperti isu proton dan isu minyak, saya menyedari betapa sedikitnya maklumat yang saya ada mengenai isu-isu berkenaan.
Saya suka berbincang dengan sahabat-sahabat tentang isu minyak dan isu proton, sama ada yang sependapat ataupun yang tidak, maka ketika mengutarakan pendapat masing-masing, saya mendapati semua maklumat yang diberikan adalah maklumat umum, yang boleh didapati di dalam blog-blog tempatan, surat khabar, ceramah-ceramah umum dan dari mulut ke mulut. pada pandangan saya, hanya menteri, CEO dan eksekutif sahaja yang mempunyai maklumat yang cukup bagi membolehkan kita menganalisis isu-isu ini. Sudah tentu CEO petronas tidak akan mendedahkan semua maklumat untuk kita bincangkan secara umum, menteri sudah tentu hanya memberikan maklumat yang berupa "berita gembira" dan maklumat yang menyebelahi keputusan mereka, begitu juga ceramah-ceramah, blog-blog, surat khabar, dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Minyak jenis apakah yang dihasilkan oleh Petronas, syarikat luar negara manakah yang bekerjasama dengan petronas, dari mana kita mendapat ron 95 dan 97, dari manakah kita mendapat tenaga professional, agreement apakah yang sudah kita tandatangani dan dengan siapa, produk manakah yang boleh mendatangkan untung yang paling lumayan. Maklumat lain antaranya melibatkan sifat manusia itu sendiri, antaranya, berhutang budi, kasihan, pemurah, tamak, terpaksa, melindungi proksi dan macam-macam lagi kerenah manusia yang sukar difahami oleh manusia lain padahal mereka sendiri mempunyai masaalah yang sama.
Saya juga sangat suka mendengar pendapat tentang proton samaada yang baik atau yang buruk,tetapi malangnya pihak yang mengutuk proton selalunya adalah mereka yang tidak terlibat langsung dengan syarikat berkenaan,kalau boleh saya ingin berbincang dengan jurutera proton sendiri dan bertanyakan soalan yang sudah lama saya ingin ajukan seperti, kenapa lama sangat proton nak buat enjin sendiri?, kenapa design gen2 dan persona buruk sangat?, kenapa barang dalam kereta mudah rosak?, kenapa harga mahal dari BMW ?, dari manakah mereka mandapat "raw material"?, berapakah untung untuk setiap unit ?, tak malukah menjual produk jepun ?
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana maklumat boleh dirahsiakan, dimanipulasikan, diubah, dan direka-reka samaada dari pihak "pro ataupun pembangkang". Hanya Alquran dan sunnah sahaja yang suci dari segala jenis penyelewengan, maka sibukkan diri anda dengan perkara-perkara yang lebih suci, contohnya berzikir, mendoakan ibu-bapa, memuliakan sahabat-sahabat dan menjaga kebersihan, InsyaAllah, Islam mengutamakan Iman dan Takwa lebih dari kemajuan dan harta benda.
No comments:
Post a Comment