Thursday, April 1, 2010

malaikat...

Suatu ketika ada sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang berapa lamakah manusia mesti berada di Mahsyar. Abu Said al-Khudri meriwayatkan, Rasulullah membacakan firman Allah bermaksud ;

“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Allah sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun”
(Surah Al-Maarij 70:4)

Para ulama membandingkan alam akhirat itu berdasarkan ayat tersebut iaitu dengan kadar sehari akhirat bersamaan dengan 50,000 tahun dunia. bagi sesiapa yang faham bahawa dunia ini adalah perspektif dan ilusi permaian minda ciptaan Allah, maka akan difahamai bahawa sebenarnya di akhirat, sudah tiada apa yang dipanggil "masa" kerana roh telah dicabut dari jasad, hukum-hukum fizik sudah tidak digunapakai, kelajuaan cahaya sudah tidak mempunyai kelajuan kerana tenaga nuklear yang memegang setiap atom seperti di dunia ini sudah tiada. yang ada pada waktu itu adalah alam di mana roh2 yang bersifat tidak diketahui. maka apa yang dimaksudkan dengan 50000 ribu tahun itu pada saya adalah maksudnya dunia ini adalah sangatX3000000 singkat, sehingga orang yang beriman pun akan merasa hidupnya sia-sia dan menyesal kerana tidak memperbanyakkan amalan mereka, apatah lagi orang yang lalai, dan pada saya malaikat itu ada sifatnya tersendiri yang ghaib mungkin hanya tuhan sahaja yang tahu kerana Allah telah meletakkan 50000 tahun bagi malaikat dan satu hari bagi manusia. maksudnya malaikat itu sendiri bersifat bergerak tetapi dengan kadar sangat laju, kelajuan cahaya adalah 300000km/saat. ini juga membuktikan malaikat mempunyai roh seperti mana manusia. tetapi malaikat, rohnya ditanam didalam cahaya ciptaan Allah dan roh manusia di tanam di dalam tanah. seterusnya ron ini tidaklah mempunyai sifat2 fizik dan tidak terikat dengan apa tenaga yang dikenali dengan dunia sains. setakat yang saya tahu, roh ini datang dari Allah dan asal tempatnya adalah di dunia akhirat. Allah sentiasa mengawal dan mengawasi kita dengan roh ini dan dengan roh inilah kita dihubungkan dengan Allah, maka bagi saya, jelaslah bahawa Allah sentiasa ada bersama kita dan hanya Dialah yang Maha mengetahui apa yang baik untuk roh ciptaannya itu.


No comments:

Post a Comment