| ||
Ucapan Syeikh Al-Azhar Saya amat gembira sekali apabila berada di negara Malaysia. Setiap rakyat negara Mesir amat menghormati dan mengasihi negara ini kerana Islam telah menyatupadukan hati kita semua dan menjadikan kita satu umat sepertimana firman Allah yang bermaksud: Kita bertemu adalah atas ketaatan kepada Allah dan bukan kerana keseronokan yang fana’ atau keinginan yang sementara. Kita bertemu adalah untuk memberi khidmat kepada agama, berkhidmat kepada umat Islam seluruhnya dan bekerjasama atas kebajikan dan ketaqwaan, bukan atas dosa dan permusuhan. Perjumpaan-perjumpaan seumpama ini ditakdirkan oleh Allah di dunia ini untuk kita berkenal-kenalan dan nasihat menasihati serta meningkatkan hubungan silaturahim sepertimana disebut dalam firman Allah yang bermaksud: Kita amat bersyukur ke hadrat Allah yang telah menjadikan kita semua sebagai orang-orang Islam dan pengikut junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah membawa agama Islam kepada kita iaitu agama yang terakhir. Firman Allah yang bermaksud: Firman-Nya lagi yang bermaksud: Kita semua mengetahui bahawa agama Islam adalah agama yang diredhai Allah untuk hamba-hamba-Nya dan agama Islam ini kita dapati sepertimana tajuk ceramah pada hari ini iaitu agama sederhana, mudah dan toleransi. Pengertian-pengertian ini kita dapat lihat dalam satu ayat al-Qur’an bermaksud: Ayat yang mulia ini mengandungi lima ungkapan yang berupa panduan yang bijaksana dan pengertian-pengertian yang mulia yang membuktikan al-Qur’an ini adalah dari Allah yang sentiasa memberi petunjuk ke arah yang lebih sempurna. Setiap ungkapan dalam ayat ini memandu kita ke arah mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Ayat ini disebut di dalam al-Qur’an selepas ayat yang menceritakan kisah Qarun iaitu: Kemudian datanglah ayat seterusnya yang bermaksud: 'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat' iaitu tuntutlah dengan apa yang telah dianugerahkan kepada kamu dari akal fikiran, kesihatan, harta benda, jawatan, pangkat atau kuasa. Tuntutlah segala nikmat tadi bagi mencapai keredhaan Allah dan balasan pahalanya dan gunakanlah sepenuhnya untuk berkhidmat kepada agama kebenaran, kebaikan dan akhlak yang mulia. Perkataan 'Tuntutlah' bermaksud, pintalah dan capailah ganjaran pahala dengan menggunakan segala nikmat tersebut. Apabila seseorang lelaki atau wanita Islam hidup di dunia ini dengan berlandaskan pengertian tersebut dan menurut arahan yang murni ini, sudah tentu ia akan bahagia di dunia dan bahagia di akhirat kerana nikmat-nikmat Allah kepada manusia itu banyak sekali. Sekiranya manusia menggunakan nikmat-nikmat tadi untuk meningkatkan ketaatan kepada Allah dalam lingkungan suruhan dan perintah-Nya sudah pasti ia akan hidup dalam jalinan hubungan yang baik dengan penciptanya dan akan hidup dalam keadaan aman damai. Dengan itulah kita dapati Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan kepada kita bahawa manusia dalam menghayati nikmat Allah itu terbahagi kepada empat kumpulan dalam sabdanya yang bermaksud: Dalam hadith yang ringkas tetapi begitu bermakna sekali, Rasulullah s.a.w. telah membahagikan manusia kepada empat kumpulan; dua kumpulan mendapat keuntungan manakala dua kumpulan lagi mendapat kerugian. Dua kumpulan yang berjaya ialah hamba yang dianugerahkan harta bersama ilmu dan hamba yang dianugerahkan ilmu tanpa harta. Dan dua kumpulan yang kerugian pula ialah hamba yang dianugerahkan harta tanpa ilmu dan yang tidak dianugerahkan kedua-duanya sekali. Maka ayat al-Qur’an yang mulia tadi datang untuk memandu kita supaya menuntut keredhaan Allah dengan ilmu pengetahuan. Mereka yang menggunakan ilmu pengetahuannya untuk kebaikan dan kebajikan kepada manusia dan mengguna nikmat-nikmat Allah pada tempatnya maka mereka ini adalah termasuk dalam golongan yang diredhai Allah. Inilah yang dikehendaki dalam firman Allah tadi yang bermaksud: 'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat'. Dan inilah antara ciri-ciri kesederhanaan, toleransi dan pertengahan yang paling tinggi kerana syariat Islam tidak melarang kita dari menuntut keduniaan. Malahan syariat Islam menyarankan kepada kita supaya bekerja bersungguh-sungguh cuma hendaklah ditujukan kata-kata dan amalan kita kerana Allah. Ini kerana ilmu pengetahuan adalah senjata yang mempunyai dua mata sekiranya kita gunakan ilmu untuk meningkatkan ketaatan kepada Allah maka ianya akan memberi faedah dan manfaat, tetapi kalau digunakan ilmu pengetahuan untuk kemusnahan dan kehancuran maka ianya membinasakan dan merugikan. Oleh itu, kesederhanaan Islam menggariskan bahawa syariat Islam menyeru kita untuk menjadi hartawan, berilmu, kuat dan mempunyai segala macam keperluan dan kemudahan hidup di dunia, tetapi ingat, hendaklah digunakan segala nikmat-nikmat ini untuk ketaatan kepada Allah dan keredhaan-Nya serta bagi perkara yang membawa kebaikan kepada dirimu, keluargamu, jiranmu dan kepada umatmu di mana kamu adalah salah seorang daripadanya. Kemudian datang ungkapan kedua yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama sederhana, pertengahan, mudah, toleransi dan agama nasihat menasihati dengan kebenaran dan dengan kesabaran. Ungkapan kedua itu bermaksud: 'Janganlah kamu lupa habuanmu di dunia'. Boleh jadi ada orang yang bertanya, 'Apakah hubungan ungkapan kedua ini dengan ungkapan yang pertama tadi?' Maka boleh jadi ada di kalangan orang ramai yang menyangka dari ungkapan pertama itu bahawa Islam adalah agama yang menyeru kepada zuhud dari menikmati keduniaan. Boleh jadi juga ada yang menyangka agama Islam menyeru kepada zuhud yang mutlak dengan meninggalkan apa jua nikmat yang telah dianugerahkan Allah kepada manusia dan menyeru pula supaya tidak memakmurkan dunia ini dengan kerja-kerja yang baik dan positif. Sesungguhnya ungkapan yang kedua ini datang untuk menjelaskan kepada anda bahawa di samping seruan supaya anda menuntut keredhaan Allah dengan kerja-kerja anda, pada waktu yang sama, syariat Islam menyarankan anda supaya menikmati segala nikmat Allah yang berupa harta, kesihatan dan sebagainya. Maka isilah kehidupan anda dengan pembangunan dan apa jua kegiatan yang boleh membawa kebaikan kepada umat anda dengan syarat segala-galanya itu tidak menjejaskan ketaatan anda kepada Allah. Maka ungkapan kedua ini datang untuk mengatakan kepada seseorang muslim itu supaya tidak lupa habuannya di dunia ini, nikmatilah makanan yang baik, pakaian yang bersih, harta yang halal, kesihatan, ilmu pengetahuan dan bukalah hati anda terhadap ilmu yang berfaedah sama ada ilmu agama atau ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perubatan, kejuruteraan, pertanian, ekonomi dan sebagainya. Iaitu selagimana ilmu tersebut anda gunakan untuk ketaatan kepada Allah, memberi khidmat bakti kepada agama, kepada perkara kebaikan dan dalam perkara yang boleh membantu anda dan umat anda untuk berdikari dan tidak lagi memerlukan bantuan orang lain. Dalam keadaan sebegini, maka menikmati segala nikmat-nikmat Allah itu adalah diharuskan oleh Allah dan inilah maksud sebenar firman-Nya yang bermaksud: 'Janganlah kamu lupa habuanmu di dunia ini'. Makna yang seumpama ini juga didapati daripada firman Allah dalam Surah al-A’raf yang bermaksud: Kesederhanaan tersebut dan syariat yang telah diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah bertujuan supaya manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ini kerana dunia ini diciptakan oleh Allah supaya kita memakmurkannya dan membangunkannya dengan kata-kata yang baik, dengan amalan-amalan soleh, dengan pertanian yang boleh menyelamatkan kita dari terus menghulur tangan memohon ehsan pihak lain, dengan ilmu yang berfaedah seperti perubatan, kejuruteraan, pertanian, perindustrian dan lain-lain lagi. Ini kerana tanggungjawab manusia dalam kehidupan ini di samping mengerjakan ibadat kepada Allah ialah untuk membangunkan dunia ini dan memakmurkannya dengan segala macam usaha yang boleh memberi manfaat dan kebaikan kepada ummah. Dalam surah Hud Allah berfirman yang maksudnya: Yang dimaksudkan memakmurkannya itu ialah membangunkan muka bumi dengan pelbagai bentuk kemajuan dan kemakmuran. Dan dengan makna yang sama Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya: 'Sekiranya berlaku kiamat dan di tangan salah seorang dari kamu ada benih kurma maka hendaklah ditanamkannya'. Nabi kita Muhammad s.a.w. menggalakkan kita supaya tidak mengabaikan usaha-usaha memakmurkan muka bumi. Malahan kita digalakkan supaya menitikberatkan soal-soal berkaitan pertanian, perindustrian dan apa jua usaha yang membawa faedah dan kebaikan kepada kita selagimana ianya tidak melalaikan kita daripada ketaatan kepada Allah, dan menunaikan ibadah kepada-Nya.'Dan janganlah kamu lupa habuanmu di dunia ini', bermakna jadikanlah diri kamu di dunia ini sebagai orang yang membangunkannya bukan meruntuhkannya, melakukan pembaikan bukan kemusnahan, membina bukan perosak, menyatupadukan bukan memecahbelahkan dan berilmu bukan jahil. Bukankah kelebihan Nabi Adam a.s. yang dianugerahkan Allah kepadanya bagi mengatasi para malaikat adalah ilmu? Iaitu bukan dengan kekuatan badan atau kelebihan harta, pangkat dan kekuasaan bahkan Allah S.W.T. memberi kelebihan ilmu kepada Nabi Adam a.s. yang tidak diberikan kepada para malaikat. Firman Allah yang bermaksud: Maka kelebihan yang Allah anugerahkan kepada Nabi Adam a.s. sehingga berjaya mengatasi para malaikat ialah dengan ilmu. Begitulah kita dapati al-Qur’an banyak memperkatakan kelebihan ilmu dalam puluhan ayatnya malah dalam ratusan ayat-ayat al-Qur’an. Memadailah kita sebutkan di sini bahawa Allah S.W.T. memerintahkan Nabi kita Muhammad s.a.w. supaya memohon dari Allah kelebihan nikmat di mana Allah berfirman kepada baginda supaya memohon pertambahan ilmu sepertimana yang dapat difahami dari ayat 114 dari Surah Taha yang bermaksud: Oleh itu apabila ada di kalangan manusia berusaha mencari rezeki dan menuntut ilmu maka ini adalah selaras dengan firman Allah yang bermaksud: 'Dan janganlah kamu lupa habuanmu di dunia ini', kerana dunia tidak boleh dimakmurkan dengan kejahilan sebaliknya dengan ilmu pengetahuan dan kekuatan. Akan tetapi kekuatan di sini bukan bermakna kezaliman, penindasan, paksaan atau permusuhan. Kekuatan yang kita maksudkan di sini ialah kekuatan yang saksama, yang mengandungi kasih sayang, yang berlandaskan kebijaksanaan, yang memberi hak kepada yang berhak, yang berpihak kepada kebenaran, yang membawa kepada kemenangan dan yang sanggup menentang kezaliman sehingga ianya dapat dihancurkan. Dalam ayat lain, Allah telah menetapkan: Kekuatan juga merupakan sifat para malaikat. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Kekuatan juga adalah antara sifat Nabi kita Muhammad s.a.w. dan sifat para pengikutnya: Ini semua termasuk di bawah pengertian firman Allah yang bermaksud: 'Dan janganlah kamu lupa habuanmu di dunia ini'. Dunia memerlukan kepada harta benda, kekuatan, ilmu pengetahuan, akal fikiran, keazaman yang kuat, pembangunan dan pengagihan kemewahan. Dunia memerlukan kepada semua ini dan memerlukan kerjasama antara kita. Maka apabila kita menunaikan perkara-perkara tersebut mengikut panduan dan cara yang diredhai Allah, maka ini bererti kita telah memenuhi kehendak Allah S.W.T. yang terdapat di dalam ayat yang bermaksud: Tiga orang sahabat telah datang menemui isteri-isteri Rasulullah s.a.w. untuk bertanyakan tentang ibadah baginda. Salah seorang daripadanya berkata: 'Aku beribadat sepanjang malam tanpa tidur'. Berkata yang kedua 'Aku pula berpuasa sepanjang tahun tanpa berbuka'. Berkata pula yang ketiga 'Aku pula mengasingkan diri dari wanita dan tidak berkahwin'. Tuturkata mereka itu telah sampai ke pengetahuan Rasulullah dan Baginda mengatakan kepada mereka sepertimana yang terdapat dalam hadith sahih maksudnya: 'Akulah yang paling bertaqwa dan takut kepada Allah, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan tidur, dan aku berkahwin. Sesiapa yang tidak sukakan sunnahku maka ia bukan dari golonganku'. Dengan ini dapatlah difahami bahawa syariat Islam adalah syariat sederhana, toleransi, mudah, adil dan saksama. Ia tidak melarang orang Islam dari memiliki perhiasan dunia, malah ia mengarahkan supaya menuntut nikmat-nikmat Allah berupa kesihatan, harta benda, pangkat, keturunan dan sebagainya untuk memakmurkan kehidupan tetapi segala-galanya hendaklah digunakan untuk ketaatan kepada Allah. Janganlah anda gunakan ilmu anda untuk kemaksiatan tapi gunalah ia untuk ketaatan kepada Allah. Janganlah anda gunakan jawatan anda untuk kemaksiatan atau kezaliman tetapi gunakanlah ia untuk meningkatkan ketaatan kepada Allah. Janganlah anda gunakan kekuatan anda untuk menghina manusia atau memusuhi mereka tetapi gunakanlah ia untuk meninggikan kalimah Allah, membantu orang-orang yang dizalimi dan menegak kebenaran. Dengan yang demikian itu maka orang muslim tadi telah mengguna segala nikmat Allah itu pada tempatnya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Seterusnya datang ungkapan yang ketiga bermaksud: 'Dan berbuat baiklah kepada hamba-hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah)'. Allah telah berbuat baik kepadamu dengan menganugerahkan akal fikiran maka gunakanlah ia pada perkara yang memberi faedah bukan perkara yang memudaratkan. Gunakanlah akalmu untuk berkhidmat kepada agamamu, umatmu dan kepada kebenaran dan kelebihan. Gunakanlah kesihatanmu dalam ketaatan kepada Allah, dalam membuat kebaikan untuk dirimu, keluargamu, umatmu dan masyarakat yang kamu adalah sebahagian daripadanya. Gunakanlah keturunan dan pangkatmu untuk memberi khidmat kepada kebenaran dan kelebihan serta dalam menegak keadilan di kalangan manusia. Bersikap adil dalam membuat keputusan (hukum): Bersikap adil dalam membuat pengakuan (persaksian) sepertimana firman Allah yang bermaksud:. Bersikap adil dalam penulisan perjanjian di mana ayat terpanjang dalam al-Qur’an yang membicarakan soal hutang piutang telah menyebut perkataan keadilan berkali-kali: Bersikap adil dalam usaha-usaha perdamaian antara manusia: Bersikap adil terhadap lawan dan kawan sepertimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Islam adalah agama ehsan, agama keadilan, agama kedamaian, agama keamanan, agama toleransi, agama kemewahan dan agama pembahagian hak kepada yang berhak menerimanya. Tidak ada kezaliman dalam Islam. Sesungguhnya agama Islam yang istimewa dengan keadilan, kesederhanaan, kemudahan dan toleransi itu memerintahkan kita supaya sentiasa komited dengan keadilan, iaitu keadilan dalam perkataan, dalam membuat keputusan, dalam tingkah laku, dalam muamalat dan keadilan dalam semua aspek kehidupan kerana dengan keadilanlah sesuatu umat itu akan hidup. Oleh sebab itulah syariat Islam memerangi sifat fanatik yang membuta tuli dan sifat perkauman yang dicela. Syariat Islam menganggapkan manusia lahir dari satu ibu dan bapa. Firman Allah yang bermaksud: Firman-Nya lagi: Oleh itu ulama’ fiqh telah membahagikan orang bukan Islam kepada tiga kumpulan. Pertama: Orang-orang bukan Islam yang tidak tinggal bersama kita dalam sebuah negara, tetapi mereka tidak memusuhi kita dan tidak memburukkan kita. Sebaliknya kita bertukar-tukar manfaat dan kepentingan yang diharuskan oleh Allah. Mereka seperti ini telah dinyatakan oleh al-Qur’an dalam firman Allah yang bermaksud: Kedua: Orang bukan Islam yang tidak tinggal bersama kita seperti kumpulan pertama tetapi mereka ini memburukkan kita, memusuhi kita dan menyekat usaha-usaha yang boleh membawa kebaikan kepada kita. Bahkan kemungkinan mereka ini memerangi kita. Kumpulan ini telah disebut oleh al-Qur’an yang bermaksud: Ketiga: Orang bukan Islam yang hidup bersama kita dalam sebuah negara, mempunyai kepentingan hidup yang sama dan mungkin juga mempunyai kewarganegaraan yang sama. Maka syariat Islam menjelaskan kepada kita tentang kumpulan ini bahawa kita dan mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama. Setiap manusia itu mempunyai aqidahnya yang tersendiri dan aqidah itu tidaklah dijual beli. Paksaan untuk mengubah kepercayaan dan aqidah tidak akan melahirkan orang-orang mukmin yang sejati, sebaliknya melahirkan orang-orang yang munafik dan pendusta. Aqidah adalah tidak dijual beli, tetapi aqidah itu akan berada pada manusia sepertimana mengalirnya darah dalam tubuh badan. Ia tidak boleh dipaksa. Sebab itulah al-Qur’an telah menegaskan maksud ini berulang-ulang kali: Dalam ayat lain: Firman-Nya lagi yang bermaksud: Setiap insan berhak untuk berpegang dengan aqidahnya dan Allah jua yang akan mengambil kira dan menghukum manusia terhadap aqidah masing-masing. Itulah yang dikatakan toleransi dan kesederhanaan Islam. Islam tidak memaksa supaya orang menukar aqidahnya tetapi ia memandu manusia supaya mengenal kelebihan dan etika Islam serta nilai-nilai kerohanian Islam. Kemudian Allah memerintahkan supaya kita mengatakan: Ini kerana aqidah bukan paksaan. Kemusnahan adalah bertentangan dengan pembaikan. Keganasan, ekstrim, kezaliman, permusuhan, pencerobohan dan penindasan adalah suatu kemusnahan. Dengan sebab itulah kita dapati puluhan ayat malah ratusan ayat al-Qur’an memerintah umat Islam supaya menjauhkan diri daripada sebarang kehinaan malah dituntut supaya merebut kebaikan dan kelebihan. Firman Allah yang bermaksud: Demikianlah syariat Islam yang merupakan syariat keadilan, kedamaian, keamanan, kekuatan, keilmuan, persamaan antara manusia, persamaan antara lelaki dan wanita serta persamaan dari segi asal kejadian lelaki dan wanita yang dicipta dari asal yang satu. Firman Allah yang bermaksud: Sebagaimana persamaan antara lelaki dan wanita dari segi tanggungjawab syara’ seperti ibadat solat, zakat, puasa di bulan Ramadhan dan ibadat haji bagi yang mampu, maka begitulah juga persamaan dari segi tuntutan untuk menuntut ilmu yang mana kaum lelaki dan wanita sama-sama berkewajipan mencari ilmu. Rasulullah s.a.w. mengajar kaum lelaki dan dalam waktu yang sama juga baginda mengajar kaum wanita dengan ilmu pengetahuan yang berfaedah. Begitu juga persamaan antara lelaki dan wanita dalam melakukan pekerjaan yang mulia dan positif. Firman Allah yang bermaksud: Firman-Nya lagi: Di sebalik persamaan dalam berbagai-bagai perkara antara lelaki dan wanita, terdapat ciri-ciri tertentu yang dikhususkan oleh Allah kepada kaum lelaki dan ciri-ciri tertentu pula yang dikhususkan kepada kaum wanita dengan tujuan untuk digemblengkan perbezaan tadi bagi memakmurkan dunia. Ini bermakna sekiranya kaum lelaki atau kaum wanita cuba menafikan kewujudan ciri-ciri khusus tersebut, dengan menganggap kedua-dua makhluk ini tidak ada perbezaan langsung, nescaya akan musnahlah alam maya ini dalam tempoh seratus tahun atau kurang daripada itu. Akan tetapi kita harus menerima kenyataan bahawa Allah memperuntukkan ciri-ciri khusus bagi kaum lelaki dan bagi kaum wanita, yang mana sekiranya masing-masing menggunakan kelebihan-kelebihannya yang tersendiri dan bekerjasama antara kedua-duanya, maka akan makmurlah alam ini. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. dalam firman-Nya yang bermaksud: Begitulah berlakunya kemakmuran di bumi ini dan dari sini kita dapat lihat betapa syariat Islam itu adalah syariat pertengahan, kesederhanaan, toleransi dan mudah. Iaitu syariat yang memperuntukkan buat setiap manusia itu akan hak-haknya sama ada di kalangan lelaki ataupun wanita, kawan ataupun lawan, pemerintah ataupun rakyat mahupun muda ataupun tua. Itulah kesederhanaan Islam. Kesederhanaan syariat yang adil dan saksama. Firman Allah yang bermaksud: Ini bermakna Allah menganugerahkan setiap manusia itu ciri-ciri khusus yang membezakannya dengan orang lain, kemudian mengilhamkan kepadanya terhadap apa yang boleh memberi manfaat kepada dirinya, ummahnya dan masyarakat yang dianggotainya. Allah memberi petunjuk kepadanya tentang perkara-perkara kebaikan dan kebajikan untuknya bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Kita berdoa kepada Allah S.W.T. supaya menjadikan perhimpunan-perhimpunan yang seperti ini untuk mencapai keredhaan-Nya dan mencatatkannya dalam neraca kebaikan kita semua bagi menghadapi hari pertemuan dengan Allah seperti firman-Nya yang bermaksud: Hanya sekian, terima kasih untuk semua | ||
|
[Ruzita Binti Mokhtar]
Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]
Hits : 8246
No comments:
Post a Comment