Friday, November 18, 2011

Cardiothoracic surgeon and Anaesthesiologist

Imam Muslim meriwayatkan dari Anas ibnu Malik (r.a.): "Bahawa Muhammad (s.a.w.) ketika masih kecil didatangi oleh Malaikat Jibril (a.s.), sewaktu Baginda bermain-main bersama kanak-kanak yang sebaya dengan Baginda. Malaikat Jibril (a.s.) segera mendakap Baginda untuk membedah dada Baginda. Lalu hati Nabi Muhammad (s.a.w.) dikeluarkan bersama gumpalan darah yang menyelimuti hati Baginda. Malaikat Jibril berkata:" Ini adalah bahagian yang dikuasai syaitan.". Kemudian hati tersebut dibasuh di atas mangkuk, bekas yang diperbuat daripada emas, dengan air zamzam. Setelah selesai, hati Baginda dicantum semula ke tempatnya. Rakan-rakan Baginda waktu itu, berlari-larian menuju kepada ibu mereka yang juga adalah sebagai ibu angkat Nabi Muhammad (s.a.w.). Mereka mengadukan halnya bahawa Baginda (s.a.w.) telah pun dibunuh. Mereka bergega segera datang dan mendapati yang Baginda (s.a.w.) kelihatan berwajah pucat." Anas (r.a.) berkata "Saya pernah menyaksikan kesan jahitan di dada Baginda, ekoran peristiwa itu."

Dalam riwayat yang disampaikan Imam Bukhari disebutkan, "Diriwayatkan dari Anas ibnu Malik (r.a.), berkata: "Abu Zar (r,a.) pernah menyampaikan sebuah berita bahawa Rasulullah (s .a.w.) bersabda "Pernah suatu ketika bumbung rumahku terbuka sewaktu aku masih di Makkah. ketika itu turunlah malaikat Jibril (a.s.). Ia kemudian membedah dadaku dan mernbasuhnya dengan air zamzam. Selepas ia datang membawa mangkuk yang terbuat daripada emas, yang dipenuhi dengan hikmah dan keimanan. Isi mangkuk itu kemudian dimasukkan ke dalam dadaku dan segera ditutupnya. Kemudian ia memimpin tanganku dan kami naik ke langit dunia."

Adakah malaikat Jibril merupakan pakar kardiotorasik dan pakar anaesthesia yang hebat ? Malaikat jibril pernah membawa Nabi Muhammad memecut pada kelajuan berjuta kali ganda kejuan cahaya sehingga mereka mampu memecah dimensi alam manusia.

Teknologi apakah yang digunakan oleh jibril sewaktu pembedahan itu ? Kajian seribu tahun pun belum tentu akan membuahkan hasil. Yang tentu pembedahan itu dilakukan di muka bumi, menggunakan air zam-zam dan ianya dilakukan ke atas nabi Muhammad, seorang yang mempunyai batas-batas fisiologi sama seperti semua manusia anak-anak Adam.

Fikir-fikirkan, tetapi jika terlalu banyak sangat berfikir pun tak berguna akhirnya.

No comments:

Post a Comment