Friday, December 25, 2009

impian Menjadi Khalifah...

kenapakah orang barat yang beragama sains dan teknologi lebih maju daripada
mana2 negara islam yang mengimani dunia ini milik Allah.
apakah sifat2 atau tabiat2 orang barat yang berjaya membawa mereka menerajui tamadun
adakah kerana mereka lebih gigih bekerja dan lebih efisien
adakah kerana mereka sentiasa menjaga kebersihan
adakah kerana mereka tak "minum kopi"
betulkah mereka tidak melepak-lepak seperti kita juga ?
adakah kerana mereka lebih berdisiplin
adakah kerana mereka lebih menghormati orang tua
adakah mereka lebih banyak bersedekah daripada kita
adakah kerana mereka kurang melakukan perkara maksiat ?
adakah mereka telah mengamalkan ajaran islam ?

jika ya ? mengapakah barat boleh mengamalkan amalan islam sedang mereka akidah pon x betul

kita selalu mendengar bahawa kita mundur kerana umat islam tidak mengikut ajaran islam yang sebenar ?
jadi bagaimanakah orang barat yang kafir itu boleh menguasai dunia ?
walhal mereka lebih2 sesat daripada kita
sekurang-kurangnya akidah kita "boleh lah dikatakan betul" jika dibandingkan dengan orang kafir...
bagaimanakah mereka boleh mendapat kuasa memerintah sedangkan mereka tidak beriman langsung

adakah mereka kuat, kerana kita lemah ?
kenapakah kita lemah sedangkan kita masih mempunyai akidah yang betul
apa yang lemahnya orang islam sekarang ?
setahu saya, jika orang islam berbuat baik, contohnya sedekah(assume ikhlas), kita dapat pahala dan keberkatan dunia akhirat,
dan orang kafir(assume bukan kerana tuhan) x dapat pahala.

pada pendapat saya

umat islam sekarang sudah cukup bagus dan tak boleh nak di baguskan lagi, senang cakap dah optimum,
ajaran islam masih belum diamalkan secara keseluruhan lagi dan dilihatkan keadaan sekarang, lambat lagi untuk menunggu saat kegemilangan itu,

ada banyak usaha2 yang telah dilakukan seperti usrah2, ceramah2 dan kem2 ibadah,
tetapi itu semua kelihatan sangatlah kerdil dibandingkan dengan fifa world cup, f1, coka-cola, mcD, BMW, nuklear, dan lain-lain program yang dilancarkan barat.

umat islam memerlukan rancangan hyper besar-besaran yang teratur dan tersusun supaya kita boleh menunjukkan islam itu kuat@benar@best dan secara tidak langsung ramai yang belum mengamalkan islam tertarik untuk mengamalkan islam tak kira yang islam atau yang kafir

rancangan seperti ini tidaklah perlu menunggu seluruh umat islam di seluruh dunia mengamalkan ajaran islam yang betul,
cukuplah sebagai permulaan sebuah negara atau komuniti atau badan NGO yang melaksanakannya.
sudah tentulah yang melaksanakannya adalah ahli usrah2, professional2, mahasiswa/i, ahli politik, dan ulama sebagai pemimpin.

Tamadun islam berkembang dari madinah dan tersebar ke seluruh pelusuk dunia kerana orang2 islam di madinah yang "sedikit" itu sangatlah pandai dan bijak dipimpin oleh Rasulallah Sallallahhu'alaihiwasallam. lagipun pada zaman itu tamadun yang menguasai dunia adalah rom dan parsi yang mana kekuatan mereka adalah ketenteraan sahaja yang mana tak lebih daripada pedang, panah dan kuda. tiada siapa yang yang memonopoli ekonomi, eropah masih di zaman gelap, china tidak mengamalkan peperangan dengan kuasa lain, madinah dan makkah adalah salah satu tempat perdagangan yang pesat. samalah dengan malaysia sekarang ini. saidina umar telah menyusun pentadbiran madinah dan melancarkan program dakwah sesuai dengan zaman itu secara besar-besaran.

satu masaalah lagi adalah kepimpinan. tak ramai yang ada di kalangan kita yang pandai membuat perancangan dan melakukannya.
ustaz-ustaz yang pandai berceramah pon kadang2 malu juga untuk menegur kesalahan orang lain
sasaran dakwah hanya penonton tv9 dan jemaah surau/masjid yang sememangnya adalah orang-orang berfikrah, ataupon warga pencen.

yang mengasaskan o.islamic.c pon dr. mahathir, pemimpin parti bukan perjuangkan islam, walaupon banyak usaha beliau yang sangat boleh dipuji(saya memang suke), oleh kerana tidak dilaksanakn dengan matlamat yang betul(kerana beliau pon matlamat x betul kot), nama islam tak "shoot"

apa yang saya doakan(inilah yang saya mampu buat) adalah untuk mempunyai seorang pemimpin yang seperti saidina umar dan mempunyai ijazah ekonomi/doktor/juretera/peguam/automotif.



ini hanyalah idea aku yang pemalas dan b***h ini, sekarang posting medicine, banyak betul nak kene study, aku kalu boleh nak tackle setiap condition and all the common disease. tak nak lah fail macam postong Ong yang memang best giler tuh. aku membayangkan diri aku nih macam 3 batang jarum yang mana pergerakannya sangatlah laju dan licik tambahan lagi cucukannya sangat tepat, haha, inilah cara aku menaikkan semangat aku, berangan...bukan mat jenin tauu...inilah nasib aku si pemalas nih memilih medik yang memerlukan minat dan kerajinan, x tau la berapa lama aku dapat bertahan, isk3...sedih pulak macam nak mati lah pulak...ah sudah lah,
ok lah itu sahaja celoteh saya ini, semoga anda semua terisi masa lapang,..ok
wassalam














































No comments:

Post a Comment