Saturday, December 26, 2009

McD...

banyak sudey kempen boikot dilancarkan "sempena pendudukan tanah palestin"
tetapi nampak nya kempen2 ini tidak mencapai kejayaan yang di inginkan

dulu saya tengok di McD tiada pembeli melayu, semua nya cina atau india,
saya merasa seronok,
tetapi sekarang punya lah banyak orang islam membeli McD dan barang2 lain yang mana ada sebahagian keuntungan mereka di beri kepada pertubuhan zionist,

1. sebesar mane kempen boikot pon diadakan, tidak akan berjaya kerana, masih ada orang bukan islam yang tak kisah dengan isu palestin, mcd pon ader cawangan di eropah dan benua2 lain yang mana kalau semua orang malaysia dan indonesia boikot pon, diorang x kan bankrupt.

2. kita tidaklah perlu untuk memboikot semua barang2 yang membiayai israel seperti boeing, intel, nokia dan macam lagi kerana itu adalah keperluan, tetapi janganlah kita memberkati bisnes mereka ini, kalu nak beli kapal terbang, 2 pengluar jer pon, boeing n airbus, so mane pegi syarikat dari negara islam, iran sibuk ngan program nuklear, dubai sibuk tempat maksiat, malaysia sibuk dengan 1 malaysia walhal persaingan sekarang adalah dalam bidang ekonomi berasaskan sains dan teknologi

3. tujuan saya memboikot barang seperti nestle dan Mcd bukanlah ada niat di dalam hati saya untuk membankruptkan syarikat diorang nih, sebenarnya, kita x perlu boikot, kita cume
jangan beli barang yang menyokong zionis, kerana rase marah kepada kejahatan zionist.

4. apa yang perlu adalah syarikat super dari negara islam yang mempunyai kekuatan sendiri dipacu oleh akidah yang benar dan bersaing di medan antarabangsa. tidak mustahil, kita mampu membina roket dan satelit yang sangat "reliable". rakyat amerika dan eropah sudah tahu mereka berada di bawah jajahan syarikat2 giant, tetapi mereka sendiri tidak mempunyai pilihan, da mereka tak lah sibuk sangat dengan isu palestin nih.

bagi saya yang mempercayai bahawa zionist ini dibiayai oleh syarikat2 transnasional, citibank, AIA, nestle, coca-cola, intel, boeing, yang mana mereka ini sangatlah kaya sehingga yang mengusai iklim dunia bukanlah pak arab yang banyak minyak, ataupun PBB, tetapi yahudi-zionist yang tinggal di amerika dan eropah. mereka sendiri tak mau tinggal di israel yang tak aman-damai langsung tuh.

mereka menguasai dunia dengan menggunakan kepandaian mereka untuk berniaga dan menipu dan main riba,
sekarang sudah ada islamic banking yang riba' free, tapi peminjam masih perlu mambayar faedah yang berlipat kali ganda, meti ada sistem dimana peminjam hanya perlu membayar balik wang yang dipinjam, ahli2 ekonomi hanya perlu memfikirkannya sajer

wassalam...


Friday, December 25, 2009

impian Menjadi Khalifah...

kenapakah orang barat yang beragama sains dan teknologi lebih maju daripada
mana2 negara islam yang mengimani dunia ini milik Allah.
apakah sifat2 atau tabiat2 orang barat yang berjaya membawa mereka menerajui tamadun
adakah kerana mereka lebih gigih bekerja dan lebih efisien
adakah kerana mereka sentiasa menjaga kebersihan
adakah kerana mereka tak "minum kopi"
betulkah mereka tidak melepak-lepak seperti kita juga ?
adakah kerana mereka lebih berdisiplin
adakah kerana mereka lebih menghormati orang tua
adakah mereka lebih banyak bersedekah daripada kita
adakah kerana mereka kurang melakukan perkara maksiat ?
adakah mereka telah mengamalkan ajaran islam ?

jika ya ? mengapakah barat boleh mengamalkan amalan islam sedang mereka akidah pon x betul

kita selalu mendengar bahawa kita mundur kerana umat islam tidak mengikut ajaran islam yang sebenar ?
jadi bagaimanakah orang barat yang kafir itu boleh menguasai dunia ?
walhal mereka lebih2 sesat daripada kita
sekurang-kurangnya akidah kita "boleh lah dikatakan betul" jika dibandingkan dengan orang kafir...
bagaimanakah mereka boleh mendapat kuasa memerintah sedangkan mereka tidak beriman langsung

adakah mereka kuat, kerana kita lemah ?
kenapakah kita lemah sedangkan kita masih mempunyai akidah yang betul
apa yang lemahnya orang islam sekarang ?
setahu saya, jika orang islam berbuat baik, contohnya sedekah(assume ikhlas), kita dapat pahala dan keberkatan dunia akhirat,
dan orang kafir(assume bukan kerana tuhan) x dapat pahala.

pada pendapat saya

umat islam sekarang sudah cukup bagus dan tak boleh nak di baguskan lagi, senang cakap dah optimum,
ajaran islam masih belum diamalkan secara keseluruhan lagi dan dilihatkan keadaan sekarang, lambat lagi untuk menunggu saat kegemilangan itu,

ada banyak usaha2 yang telah dilakukan seperti usrah2, ceramah2 dan kem2 ibadah,
tetapi itu semua kelihatan sangatlah kerdil dibandingkan dengan fifa world cup, f1, coka-cola, mcD, BMW, nuklear, dan lain-lain program yang dilancarkan barat.

umat islam memerlukan rancangan hyper besar-besaran yang teratur dan tersusun supaya kita boleh menunjukkan islam itu kuat@benar@best dan secara tidak langsung ramai yang belum mengamalkan islam tertarik untuk mengamalkan islam tak kira yang islam atau yang kafir

rancangan seperti ini tidaklah perlu menunggu seluruh umat islam di seluruh dunia mengamalkan ajaran islam yang betul,
cukuplah sebagai permulaan sebuah negara atau komuniti atau badan NGO yang melaksanakannya.
sudah tentulah yang melaksanakannya adalah ahli usrah2, professional2, mahasiswa/i, ahli politik, dan ulama sebagai pemimpin.

Tamadun islam berkembang dari madinah dan tersebar ke seluruh pelusuk dunia kerana orang2 islam di madinah yang "sedikit" itu sangatlah pandai dan bijak dipimpin oleh Rasulallah Sallallahhu'alaihiwasallam. lagipun pada zaman itu tamadun yang menguasai dunia adalah rom dan parsi yang mana kekuatan mereka adalah ketenteraan sahaja yang mana tak lebih daripada pedang, panah dan kuda. tiada siapa yang yang memonopoli ekonomi, eropah masih di zaman gelap, china tidak mengamalkan peperangan dengan kuasa lain, madinah dan makkah adalah salah satu tempat perdagangan yang pesat. samalah dengan malaysia sekarang ini. saidina umar telah menyusun pentadbiran madinah dan melancarkan program dakwah sesuai dengan zaman itu secara besar-besaran.

satu masaalah lagi adalah kepimpinan. tak ramai yang ada di kalangan kita yang pandai membuat perancangan dan melakukannya.
ustaz-ustaz yang pandai berceramah pon kadang2 malu juga untuk menegur kesalahan orang lain
sasaran dakwah hanya penonton tv9 dan jemaah surau/masjid yang sememangnya adalah orang-orang berfikrah, ataupon warga pencen.

yang mengasaskan o.islamic.c pon dr. mahathir, pemimpin parti bukan perjuangkan islam, walaupon banyak usaha beliau yang sangat boleh dipuji(saya memang suke), oleh kerana tidak dilaksanakn dengan matlamat yang betul(kerana beliau pon matlamat x betul kot), nama islam tak "shoot"

apa yang saya doakan(inilah yang saya mampu buat) adalah untuk mempunyai seorang pemimpin yang seperti saidina umar dan mempunyai ijazah ekonomi/doktor/juretera/peguam/automotif.



ini hanyalah idea aku yang pemalas dan b***h ini, sekarang posting medicine, banyak betul nak kene study, aku kalu boleh nak tackle setiap condition and all the common disease. tak nak lah fail macam postong Ong yang memang best giler tuh. aku membayangkan diri aku nih macam 3 batang jarum yang mana pergerakannya sangatlah laju dan licik tambahan lagi cucukannya sangat tepat, haha, inilah cara aku menaikkan semangat aku, berangan...bukan mat jenin tauu...inilah nasib aku si pemalas nih memilih medik yang memerlukan minat dan kerajinan, x tau la berapa lama aku dapat bertahan, isk3...sedih pulak macam nak mati lah pulak...ah sudah lah,
ok lah itu sahaja celoteh saya ini, semoga anda semua terisi masa lapang,..ok
wassalam














































Saturday, December 19, 2009

SOLO RIDER

*****************************************************************

Assalamu'alaikum

kita sering merasa bangga(lebih baik dari orang lain) atau iri hati(dengki) ke atas orang lain
antara sebabnya,
harta
ilmu
rupa
stail
keluarga
kemampuan
kematangan
umur
kenderaan
dan lain-lain padahal
manusia yang lain itu tidaklah mampu memberi sebarang manfaat atau mudharat...

baru balik dari kampung, hantar parent balik pas 2 hanta g rumah kak ta'in kat subang then mak ngan bapak ikut diorang g terengganu jalan2, keropok lekor terengganu memang best, tapi kalu makan kat sane lah, sampai kl, dah tak rase t'ganu pasal die dah naik bas 8 jam so dah jadi ****** best.
esok hari last cuti, hmm,

******************************************************************

Wednesday, December 16, 2009

segelintir manusia yang masih hidup

di dalam pejabat post,
staff di kaunter melakukan kerja sangat lambat,
sehingga menyebabkan kita merasa jelek dan sangat PANAS,
secara praktikalnya, staff itu yang bersalah kerana tidak mahir dan lambat,
tetapi, kita sebenarnya sudah hilang "sabar", dan itu sajalah yang dikira di bawa "mati"
bukannya KPI atau piagam pelanggan untuk staff itu, kerana
bagi kita, kita sudah hilang sabar
Allah hanya mahu melihat pada kesabaran hambanya dan tidak lebih.


"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." [Al-Bqarah:155]

manusia itu,
sentiasa saling bangga membangga antara satu sama lain
mereka akan saling memandang rendah
antara satu sama lain dan
saling memburukkan antara satu sama lain
dan sentiasa ingin menjadi yang terhebat dari yang lain,
itulah perangai manusia,
kerana mereka yakin mereka hebat kerana mereka telah berusaha,
mereka yakin bahawa mereka telah bersusah-payah,
mereka yakin bahawa mereka telah bekerja keras lebih dari orang lain,
ataupun mereka mempunyai kelebihan berbanding orang lain,


Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah mel
ainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)


manusia sentiasa ingin menarik perhatian orang
lain,
dengan menunujukkan kehebatan masing-masing,
atau menunjukkan mereka itu hebat,
agar dirinya disukai oleh orang ramai, disebut-sebut,
dan seterusnya mereka menjadi bangga dengan semua itu,

kesimpulannya, sedarlah bahawa cara Allah mengadili manusia berbeza dengan cara Dunia mengadili ahlinya,
objektif kita hanya mencari keredhaan Allah dan
yang lain hanya tipu daya,

"Ketahuilah bahawa apa (yang dikatakan) kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara kamu ( dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan ) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah sepert

i hujan yang (menumbuhkan) tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanaman suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan di dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Berlumba-lumba kamu (mengerjakan ama-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikannya kepada

sesiapa yang dikehendakinya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar".[Al-hadid:20-21]


sudah habis posting medicine and society 2 bulan di tanjung karang, memang best kerana boleh bermalas2 untuk membuat kerja, suasana yang tenang macam nur kasih, internet x der kat bilik, menyebabkan banyak mase untuk berlatih futsal bersama nazil dan juga sesi berfikir tentang perkara-perkara lepas dan yang sedang berlaku. ok, until the next post, wassalam




Friday, November 20, 2009

hakikat kebergantungan kepada ALLAH

the speed of light = 299 792 458 m / s

beruntunglah kepada sesiapa yang sedar akan segalanya datang dari ALLAH

pokok nya

yang baik dan yang buruk....nasib baik dan nasib malang...dosa dan pahala...kebajikan dan maksiat

semuanya datang dari ALLAH, sesunguhnya Dia telah merancang segala yang terbaik untuk kita
(sebagaimana DIA telah menetapkan kelajuan cahaya, kerananya dunia tidak akan wujud jika ianya lari walaupon satu saat)
agar kita "hambanya" belajar untuk menjadi "hamba"

oleh itu saudara, apabila mendapat APA SAHAJA atau dalam situasi APA SAHAJA, atau baru melakukan APA SAHAJA, maka ingatlah, ALLAH-lah yang telah menentukannya untuk kitE dan yakinlah,

MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Dia tidak mahu selain yang terbaik dari kite dan DIA mahu kite pulang kepada-NYA,
oleh itu,
tenangkan hati anda selalu, rasakanlah "kuasa" ALLAH mengalir di seluruh pembuluh darah dan ingatlah DIA sesungguhnya

MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

maka perhatikanlah, yakinlah dan dapatkanlah the unlimited "Kuasa" ALLAH di dalam diri

semoga berjaya !!!

ALHAMDULILLAH, sampai di sini saja celoteh si bujang kebosanan, kerana agak bosan duduk di rumah tetapi mengingatkan mak n bapak yang rindukan anak2, aku balik jugak walaupon malam esok ader bbq kat tg. karang,
sebenarnya nak test shell vsx15w50 yang aku baru pakai, rm20 wooh, ingAT nak cari 10w50 tapi ntah ader ker tak bende gitu....
bagi kawan2 yang susah nak start moto pagi2, aku cadangkan servis karburator n ganti minyak hitam 10wxx...mujarabbb

wassalam...

Thursday, October 15, 2009

hidup proton n modenas....tolong lah support

ini dipetik dari blog dr. mahathir pasal aku pon bukan pandai sangat, so jempot2 g lah blog dier lepas nih untuk mengisi masa lapang seperti sebelum mandi. really recommended
Dr. Mahathir
http://chedet.co.cc/chedetblog/

1. I feel sorry for Malaysian manufacturers. They find it difficult and sometimes impossible to market their products in the country because somehow Malaysians, including the Government and its agencies cannot believe that Malaysian products are as good, if not better than imported goods.

2. When Malaysian products cannot be sold at home, it becomes almost impossible to convince foreign buyers to buy them. The question that foreigners often ask is whether Malaysians especially the Government have bought them.

3. Despite this failure to market Malaysian products locally, some have still managed to be marketed abroad. And some have been very successful.

4. These Malaysians are not asking for protection or even favours. All they want is to be properly evaluated against foreign competitors when they make bids. But somehow they seem to fail always.

5. There are excuses of course. The foreign suppliers have been supplying for years and years. They just cannot be dropped.

6. Even when the products have been well accepted abroad, the Government and its agencies cannot be convinced.

7. The Government wants to be transparent. Perhaps if awards of contracts are published just as offers of contracts are, then the public and the local businessmen would know who gets what, how many times and for how long. The contract process should also be made known. If contracts are to be for five years then we should know why contracts are given for longer periods.

8. Then Malaysians would know why they have been failing all these while. They would then be able to take necessary steps to become competitive. In fact other foreign suppliers too can take corrective action.

9. At the moment we can read the advertisements on new projects up for tender. But who wins the tender is not publicised.

10. An open Government keen to be transparent should do this. That it was never done before is no reason it cannot be done now. Previously no one promised to be transparent. But now we all hear about transparency.

11. Foreign Direct Investment (FDI) is not coming in as much as before. We cannot compete with China or Vietnam, not even with Thailand and Indonesia. While we should continue to promote FDI, we should also help the local investors. We should remember that their earnings stay in the country, much more than the earnings of foreign owned industries.

12. If we help them our industries can become world players. At the moment we do not have our Sony or Hitachi or Samsung or Hyundai. We have the technical capacities for truly Malaysian products and companies to be as well-known as those of Japan and Korea.

13. We merely need a little boost from Malaysians, particularly from the Government and its numerous agencies and companies.

14. I hesitate to write this article because I fear that those in charge would make life even more difficult for Malaysian companies, presuming that they had complained to me.

15. But what I say here is public knowledge. We should really be helping ourselves.

'Accobaan......

sedihhh....

hari nih aku fail posting obstetric and gynecology.
halamakkk....
faktor utama adalah aku tak semangat
asal x semangat naehhh ???
tak tau lah, banyak sangat bersuka-ria dan bersenang lenang la kot...
Astaghfirullah
x pasti sangat pon nak buat camaner nak bagi lulus untuk reset nanti...

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.(Al-Baqarah:153)

masaalah bila hati kurang berkeyakinan terhadap ayat2 Allah

percaya tapi tak yakin kater fizu...

so lepas nih
solat + sabar = Allah akan bantu aku....yayyyyy !....insya'Allah

Wednesday, October 14, 2009

uMnO VS PAs.....heck...

baru ak sedar beza b2wn PAS dan UMNO adalah

1. umpama hamas dan fatah
2. umno/fatah memperjuangkan melayu
3. pas/hamas memperjuangkan islam
4. tetapi umno masih membawa islam dalam pentadbiran : jakim,zakat,haji,
5. They are actually doing a good job....
6. tetapi bukan islam yang membawa umno.......

inilah pandangan aku yang masih sekular nih....

Monday, May 4, 2009

ISLAM ITU MUDAH DAN SEDERHANA

Ucapan Syeikh Al-Azhar
Di Dewan Muktamar Pusat Islam,Kuala Lumpur
Pada 19 Ogos 1998

Saya amat gembira sekali apabila berada di negara Malaysia. Setiap rakyat negara Mesir amat menghormati dan mengasihi negara ini kerana Islam telah menyatupadukan hati kita semua dan menjadikan kita satu umat sepertimana firman Allah yang bermaksud:
'Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Daku'. (Surah al-Anbiya’ : 92)

Kita bertemu adalah atas ketaatan kepada Allah dan bukan kerana keseronokan yang fana’ atau keinginan yang sementara. Kita bertemu adalah untuk memberi khidmat kepada agama, berkhidmat kepada umat Islam seluruhnya dan bekerjasama atas kebajikan dan ketaqwaan, bukan atas dosa dan permusuhan. Perjumpaan-perjumpaan seumpama ini ditakdirkan oleh Allah di dunia ini untuk kita berkenal-kenalan dan nasihat menasihati serta meningkatkan hubungan silaturahim sepertimana disebut dalam firman Allah yang bermaksud:
'Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya).(Surah al-Hujurat : 13)

Kita amat bersyukur ke hadrat Allah yang telah menjadikan kita semua sebagai orang-orang Islam dan pengikut junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah membawa agama Islam kepada kita iaitu agama yang terakhir. Firman Allah yang bermaksud:
'Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi'.(Surah ali-Imran : 85)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:
'Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu,
dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama
untuk kamu'.(Surah al-Ma’idah : 3)

Kita semua mengetahui bahawa agama Islam adalah agama yang diredhai Allah untuk hamba-hamba-Nya dan agama Islam ini kita dapati sepertimana tajuk ceramah pada hari ini iaitu agama sederhana, mudah dan toleransi. Pengertian-pengertian ini kita dapat lihat dalam satu ayat al-Qur’an bermaksud:
'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan'.(Surah al-Qasas : 77)

Ayat yang mulia ini mengandungi lima ungkapan yang berupa panduan yang bijaksana dan pengertian-pengertian yang mulia yang membuktikan al-Qur’an ini adalah dari Allah yang sentiasa memberi petunjuk ke arah yang lebih sempurna. Setiap ungkapan dalam ayat ini memandu kita ke arah mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Ayat ini disebut di dalam al-Qur’an selepas ayat yang menceritakan kisah Qarun iaitu:
'Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka, dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) tatkala kaumnya berkata kepadanya: 'Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu)'.(Surah al-Qasas : 76)

Kemudian datanglah ayat seterusnya yang bermaksud: 'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat' iaitu tuntutlah dengan apa yang telah dianugerahkan kepada kamu dari akal fikiran, kesihatan, harta benda, jawatan, pangkat atau kuasa. Tuntutlah segala nikmat tadi bagi mencapai keredhaan Allah dan balasan pahalanya dan gunakanlah sepenuhnya untuk berkhidmat kepada agama kebenaran, kebaikan dan akhlak yang mulia. Perkataan 'Tuntutlah' bermaksud, pintalah dan capailah ganjaran pahala dengan menggunakan segala nikmat tersebut.

Apabila seseorang lelaki atau wanita Islam hidup di dunia ini dengan berlandaskan pengertian tersebut dan menurut arahan yang murni ini, sudah tentu ia akan bahagia di dunia dan bahagia di akhirat kerana nikmat-nikmat Allah kepada manusia itu banyak sekali. Sekiranya manusia menggunakan nikmat-nikmat tadi untuk meningkatkan ketaatan kepada Allah dalam lingkungan suruhan dan perintah-Nya sudah pasti ia akan hidup dalam jalinan hubungan yang baik dengan penciptanya dan akan hidup dalam keadaan aman damai.

Dengan itulah kita dapati Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan kepada kita bahawa manusia dalam menghayati nikmat Allah itu terbahagi kepada empat kumpulan dalam sabdanya yang bermaksud:
'Dunia ini dimiliki oleh empat kumpulan manusia, Pertama: hamba yang telah dianugerah harta dan ilmu lalu ia bertaqwa kepada Tuhannya dengan menjaga hubungan silaturahim dan mengenali tanggungjawabnya kepada Allah. Orang ini adalah yang terbaik. Kedua: hamba yang dianugerahkan ilmu tanpa harta tetapi ia mempunyai niat yang baik, di mana katanya: 'Jika aku mempunyai harta nescaya aku akan lakukan (kebaikan) sepertimana dilakukan oleh sifulan itu'. Maka dengan niatnya itu, ia akan diberi pahala sama seperti orang yang berharta. Ketiga: seorang hamba yang dianugerahkan harta tanpa ilmu maka ia akan menyalahgunakan hartanya, tidak bertaqwa kepada Tuhannya, tidak memelihara hubungan silaturahim dan tidak mengira hak-hak Allah kepadanya. Ini adalah kumpulan yang paling buruk. Keempat: seorang hamba yang tidak dianugerahkan harta ataupun ilmu dan ia sentiasa berniat buruk kerana katanya, 'Jika aku mempunyai harta nescaya aku lakukan (keburukan) sepertimana yang telah dilakukan sifulan. Maka dengan niatnya itu ia turut menanggung dosa sepertimana sifulan itu juga'.

Dalam hadith yang ringkas tetapi begitu bermakna sekali, Rasulullah s.a.w. telah membahagikan manusia kepada empat kumpulan; dua kumpulan mendapat keuntungan manakala dua kumpulan lagi mendapat kerugian. Dua kumpulan yang berjaya ialah hamba yang dianugerahkan harta bersama ilmu dan hamba yang dianugerahkan ilmu tanpa harta. Dan dua kumpulan yang kerugian pula ialah hamba yang dianugerahkan harta tanpa ilmu dan yang tidak dianugerahkan kedua-duanya sekali. Maka ayat al-Qur’an yang mulia tadi datang untuk memandu kita supaya menuntut keredhaan Allah dengan ilmu pengetahuan. Mereka yang menggunakan ilmu pengetahuannya untuk kebaikan dan kebajikan kepada manusia dan mengguna nikmat-nikmat Allah pada tempatnya maka mereka ini adalah termasuk dalam golongan yang diredhai Allah.

Inilah yang dikehendaki dalam firman Allah tadi yang bermaksud: 'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat'. Dan inilah antara ciri-ciri kesederhanaan, toleransi dan pertengahan yang paling tinggi kerana syariat Islam tidak melarang kita dari menuntut keduniaan. Malahan syariat Islam menyarankan kepada kita supaya bekerja bersungguh-sungguh cuma hendaklah ditujukan kata-kata dan amalan kita kerana Allah. Ini kerana ilmu pengetahuan adalah senjata yang mempunyai dua mata sekiranya kita gunakan ilmu untuk meningkatkan ketaatan kepada Allah maka ianya akan memberi faedah dan manfaat, tetapi kalau digunakan ilmu pengetahuan untuk kemusnahan dan kehancuran maka ianya membinasakan dan merugikan.

Oleh itu, kesederhanaan Islam menggariskan bahawa syariat Islam menyeru kita untuk menjadi hartawan, berilmu, kuat dan mempunyai segala macam keperluan dan kemudahan hidup di dunia, tetapi ingat, hendaklah digunakan segala nikmat-nikmat ini untuk ketaatan kepada Allah dan keredhaan-Nya serta bagi perkara yang membawa kebaikan kepada dirimu, keluargamu, jiranmu dan kepada umatmu di mana kamu adalah salah seorang daripadanya.

Kemudian datang ungkapan kedua yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama sederhana, pertengahan, mudah, toleransi dan agama nasihat menasihati dengan kebenaran dan dengan kesabaran. Ungkapan kedua itu bermaksud: 'Janganlah kamu lupa habuanmu di dunia'. Boleh jadi ada orang yang bertanya, 'Apakah hubungan ungkapan kedua ini dengan ungkapan yang pertama tadi?' Maka boleh jadi ada di kalangan orang ramai yang menyangka dari ungkapan pertama itu bahawa Islam adalah agama yang menyeru kepada zuhud dari menikmati keduniaan. Boleh jadi juga ada yang menyangka agama Islam menyeru kepada zuhud yang mutlak dengan meninggalkan apa jua nikmat yang telah dianugerahkan Allah kepada manusia dan menyeru pula supaya tidak memakmurkan dunia ini dengan kerja-kerja yang baik dan positif. Sesungguhnya ungkapan yang kedua ini datang untuk menjelaskan kepada anda bahawa di samping seruan supaya anda menuntut keredhaan Allah dengan kerja-kerja anda, pada waktu yang sama, syariat Islam menyarankan anda supaya menikmati segala nikmat Allah yang berupa harta, kesihatan dan sebagainya.

Maka isilah kehidupan anda dengan pembangunan dan apa jua kegiatan yang boleh membawa kebaikan kepada umat anda dengan syarat segala-galanya itu tidak menjejaskan ketaatan anda kepada Allah. Maka ungkapan kedua ini datang untuk mengatakan kepada seseorang muslim itu supaya tidak lupa habuannya di dunia ini, nikmatilah makanan yang baik, pakaian yang bersih, harta yang halal, kesihatan, ilmu pengetahuan dan bukalah hati anda terhadap ilmu yang berfaedah sama ada ilmu agama atau ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perubatan, kejuruteraan, pertanian, ekonomi dan sebagainya. Iaitu selagimana ilmu tersebut anda gunakan untuk ketaatan kepada Allah, memberi khidmat bakti kepada agama, kepada perkara kebaikan dan dalam perkara yang boleh membantu anda dan umat anda untuk berdikari dan tidak lagi memerlukan bantuan orang lain. Dalam keadaan sebegini, maka menikmati segala nikmat-nikmat Allah itu adalah diharuskan oleh Allah dan inilah maksud sebenar firman-Nya yang bermaksud: 'Janganlah kamu lupa habuanmu di dunia ini'.

Makna yang seumpama ini juga didapati daripada firman Allah dalam Surah al-A’raf yang bermaksud:
'Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Katakanlah (wahai Muhammad): 'Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya?' Katakanlah: 'Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat'. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. Katakanlah: 'Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkan-Nya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya'.(Surah al-A’raf : 31-33)

Kesederhanaan tersebut dan syariat yang telah diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah bertujuan supaya manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ini kerana dunia ini diciptakan oleh Allah supaya kita memakmurkannya dan membangunkannya dengan kata-kata yang baik, dengan amalan-amalan soleh, dengan pertanian yang boleh menyelamatkan kita dari terus menghulur tangan memohon ehsan pihak lain, dengan ilmu yang berfaedah seperti perubatan, kejuruteraan, pertanian, perindustrian dan lain-lain lagi. Ini kerana tanggungjawab manusia dalam kehidupan ini di samping mengerjakan ibadat kepada Allah ialah untuk membangunkan dunia ini dan memakmurkannya dengan segala macam usaha yang boleh memberi manfaat dan kebaikan kepada ummah. Dalam surah Hud Allah berfirman yang maksudnya:
'Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka Nabi Salleh. Ia berkata: 'Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya'.(Surah Hud : 61)

Yang dimaksudkan memakmurkannya itu ialah membangunkan muka bumi dengan pelbagai bentuk kemajuan dan kemakmuran. Dan dengan makna yang sama Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya: 'Sekiranya berlaku kiamat dan di tangan salah seorang dari kamu ada benih kurma maka hendaklah ditanamkannya'.

Nabi kita Muhammad s.a.w. menggalakkan kita supaya tidak mengabaikan usaha-usaha memakmurkan muka bumi. Malahan kita digalakkan supaya menitikberatkan soal-soal berkaitan pertanian, perindustrian dan apa jua usaha yang membawa faedah dan kebaikan kepada kita selagimana ianya tidak melalaikan kita daripada ketaatan kepada Allah, dan menunaikan ibadah kepada-Nya.'Dan janganlah kamu lupa habuanmu di dunia ini', bermakna jadikanlah diri kamu di dunia ini sebagai orang yang membangunkannya bukan meruntuhkannya, melakukan pembaikan bukan kemusnahan, membina bukan perosak, menyatupadukan bukan memecahbelahkan dan berilmu bukan jahil.
Apabila kita membaca al-Qur’an kita akan dapati kata dasar ( ) yang terdiri daripada 3 huruf dan perkataan-perkataan yang dibentuk daripada kata dasar ini seperti ( ), ( ),
( ), ( ) dan ( ). Perkataan-perkataan ini disebut di dalam al-Qur’an tidak kurang daripada 500 kali.

Bukankah kelebihan Nabi Adam a.s. yang dianugerahkan Allah kepadanya bagi mengatasi para malaikat adalah ilmu? Iaitu bukan dengan kekuatan badan atau kelebihan harta, pangkat dan kekuasaan bahkan Allah S.W.T. memberi kelebihan ilmu kepada Nabi Adam a.s. yang tidak diberikan kepada para malaikat. Firman Allah yang bermaksud:
'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi'. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): 'Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?' Tuhan berfirman: 'Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya'. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkanya kepada malaikat lalu Ia berfirman: 'Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar'. Malaikat itu menjawab: 'Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana'. Allah berfirman: 'Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka'. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: 'Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?'(Surah al-Baqarah : 30-33)

Maka kelebihan yang Allah anugerahkan kepada Nabi Adam a.s. sehingga berjaya mengatasi para malaikat ialah dengan ilmu. Begitulah kita dapati al-Qur’an banyak memperkatakan kelebihan ilmu dalam puluhan ayatnya malah dalam ratusan ayat-ayat al-Qur’an. Memadailah kita sebutkan di sini bahawa Allah S.W.T. memerintahkan Nabi kita Muhammad s.a.w. supaya memohon dari Allah kelebihan nikmat di mana Allah berfirman kepada baginda supaya memohon pertambahan ilmu sepertimana yang dapat difahami dari ayat 114 dari Surah Taha yang bermaksud:
'Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca al-Qur’an sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: 'Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku'.

Oleh itu apabila ada di kalangan manusia berusaha mencari rezeki dan menuntut ilmu maka ini adalah selaras dengan firman Allah yang bermaksud: 'Dan janganlah kamu lupa habuanmu di dunia ini', kerana dunia tidak boleh dimakmurkan dengan kejahilan sebaliknya dengan ilmu pengetahuan dan kekuatan. Akan tetapi kekuatan di sini bukan bermakna kezaliman, penindasan, paksaan atau permusuhan. Kekuatan yang kita maksudkan di sini ialah kekuatan yang saksama, yang mengandungi kasih sayang, yang berlandaskan kebijaksanaan, yang memberi hak kepada yang berhak, yang berpihak kepada kebenaran, yang membawa kepada kemenangan dan yang sanggup menentang kezaliman sehingga ianya dapat dihancurkan.
Itulah kekuatan yang dikehendaki oleh syariat Islam dan kekuatan itu adalah salah satu sifat Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:
'Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah, Yang Maha Kuat Lagi Maha Kuasa'. (Surah Hud : 66)

Dalam ayat lain, Allah telah menetapkan:
'Sesungguhnya Aku dan Rasul-Rasul-Ku tetap mengalahkan (golongan yang menentang)'. Sesunguhnya Allah Maha Kuat Lagi Maha Kuasa'. (Surah al-Mujadalah : 21)

Kekuatan juga merupakan sifat para malaikat. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
'Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras, kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan'.(Surah al-Tahrim : 6)

Kekuatan juga adalah antara sifat Nabi kita Muhammad s.a.w. dan sifat para pengikutnya:
'Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)'.(Surah al-Fath : 29)

Ini semua termasuk di bawah pengertian firman Allah yang bermaksud: 'Dan janganlah kamu lupa habuanmu di dunia ini'. Dunia memerlukan kepada harta benda, kekuatan, ilmu pengetahuan, akal fikiran, keazaman yang kuat, pembangunan dan pengagihan kemewahan. Dunia memerlukan kepada semua ini dan memerlukan kerjasama antara kita. Maka apabila kita menunaikan perkara-perkara tersebut mengikut panduan dan cara yang diredhai Allah, maka ini bererti kita telah memenuhi kehendak Allah S.W.T. yang terdapat di dalam ayat yang bermaksud:
'Dan janganlah kamu lupa habuanmu di dunia ini'.

Tiga orang sahabat telah datang menemui isteri-isteri Rasulullah s.a.w. untuk bertanyakan tentang ibadah baginda. Salah seorang daripadanya berkata: 'Aku beribadat sepanjang malam tanpa tidur'. Berkata yang kedua 'Aku pula berpuasa sepanjang tahun tanpa berbuka'. Berkata pula yang ketiga 'Aku pula mengasingkan diri dari wanita dan tidak berkahwin'. Tuturkata mereka itu telah sampai ke pengetahuan Rasulullah dan Baginda mengatakan kepada mereka sepertimana yang terdapat dalam hadith sahih maksudnya: 'Akulah yang paling bertaqwa dan takut kepada Allah, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan tidur, dan aku berkahwin. Sesiapa yang tidak sukakan sunnahku maka ia bukan dari golonganku'.

Dengan ini dapatlah difahami bahawa syariat Islam adalah syariat sederhana, toleransi, mudah, adil dan saksama. Ia tidak melarang orang Islam dari memiliki perhiasan dunia, malah ia mengarahkan supaya menuntut nikmat-nikmat Allah berupa kesihatan, harta benda, pangkat, keturunan dan sebagainya untuk memakmurkan kehidupan tetapi segala-galanya hendaklah digunakan untuk ketaatan kepada Allah. Janganlah anda gunakan ilmu anda untuk kemaksiatan tapi gunalah ia untuk ketaatan kepada Allah. Janganlah anda gunakan jawatan anda untuk kemaksiatan atau kezaliman tetapi gunakanlah ia untuk meningkatkan ketaatan kepada Allah. Janganlah anda gunakan kekuatan anda untuk menghina manusia atau memusuhi mereka tetapi gunakanlah ia untuk meninggikan kalimah Allah, membantu orang-orang yang dizalimi dan menegak kebenaran. Dengan yang demikian itu maka orang muslim tadi telah mengguna segala nikmat Allah itu pada tempatnya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan jangan kamu lupa habuanmu di dunia ini'.

Seterusnya datang ungkapan yang ketiga bermaksud: 'Dan berbuat baiklah kepada hamba-hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah)'. Allah telah berbuat baik kepadamu dengan menganugerahkan akal fikiran maka gunakanlah ia pada perkara yang memberi faedah bukan perkara yang memudaratkan. Gunakanlah akalmu untuk berkhidmat kepada agamamu, umatmu dan kepada kebenaran dan kelebihan. Gunakanlah kesihatanmu dalam ketaatan kepada Allah, dalam membuat kebaikan untuk dirimu, keluargamu, umatmu dan masyarakat yang kamu adalah sebahagian daripadanya. Gunakanlah keturunan dan pangkatmu untuk memberi khidmat kepada kebenaran dan kelebihan serta dalam menegak keadilan di kalangan manusia.
Al-Qur’an telah meminta kita bersikap adil dalam tutur kata:
'Dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu)'. (Surah al-An’am : 152)

Bersikap adil dalam membuat keputusan (hukum):
'Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil'. (Surah al-Nisa’ : 58)

Bersikap adil dalam membuat pengakuan (persaksian) sepertimana firman Allah yang bermaksud:.
'Dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu, dan hendaklah kamu menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata'. (Surah al-Talaq : 2)

Bersikap adil dalam penulisan perjanjian di mana ayat terpanjang dalam al-Qur’an yang membicarakan soal hutang piutang telah menyebut perkataan keadilan berkali-kali:
'Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya itu). Dan hendaklah seorang penulis di atara kamu menulisnya dengan adil (benar)......'(Surah al-Baqarah : 282)

Bersikap adil dalam usaha-usaha perdamaian antara manusia:
'Dan jika dua pihak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah, jika ia kembali patuh, maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil'.(Surah al-Hujurat : 9)

Bersikap adil terhadap lawan dan kawan sepertimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
'Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa'. (Surah al-Ma’idah : 8)

Islam adalah agama ehsan, agama keadilan, agama kedamaian, agama keamanan, agama toleransi, agama kemewahan dan agama pembahagian hak kepada yang berhak menerimanya. Tidak ada kezaliman dalam Islam. Sesungguhnya agama Islam yang istimewa dengan keadilan, kesederhanaan, kemudahan dan toleransi itu memerintahkan kita supaya sentiasa komited dengan keadilan, iaitu keadilan dalam perkataan, dalam membuat keputusan, dalam tingkah laku, dalam muamalat dan keadilan dalam semua aspek kehidupan kerana dengan keadilanlah sesuatu umat itu akan hidup. Oleh sebab itulah syariat Islam memerangi sifat fanatik yang membuta tuli dan sifat perkauman yang dicela. Syariat Islam menganggapkan manusia lahir dari satu ibu dan bapa. Firman Allah yang bermaksud:
'Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga membiakkan dari kedua-duanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai'. (Surah al-Nisa’: 1)

Firman-Nya lagi:
'Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).' (Surah al-Hujurat: 13)

Oleh itu ulama’ fiqh telah membahagikan orang bukan Islam kepada tiga kumpulan. Pertama: Orang-orang bukan Islam yang tidak tinggal bersama kita dalam sebuah negara, tetapi mereka tidak memusuhi kita dan tidak memburukkan kita. Sebaliknya kita bertukar-tukar manfaat dan kepentingan yang diharuskan oleh Allah. Mereka seperti ini telah dinyatakan oleh al-Qur’an dalam firman Allah yang bermaksud:
'Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa'. (Surah al-Taubah : 7)

Kedua: Orang bukan Islam yang tidak tinggal bersama kita seperti kumpulan pertama tetapi mereka ini memburukkan kita, memusuhi kita dan menyekat usaha-usaha yang boleh membawa kebaikan kepada kita. Bahkan kemungkinan mereka ini memerangi kita. Kumpulan ini telah disebut oleh al-Qur’an yang bermaksud:
'Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh'. (Surah al-Baqarah : 190)

Ketiga: Orang bukan Islam yang hidup bersama kita dalam sebuah negara, mempunyai kepentingan hidup yang sama dan mungkin juga mempunyai kewarganegaraan yang sama. Maka syariat Islam menjelaskan kepada kita tentang kumpulan ini bahawa kita dan mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama. Setiap manusia itu mempunyai aqidahnya yang tersendiri dan aqidah itu tidaklah dijual beli. Paksaan untuk mengubah kepercayaan dan aqidah tidak akan melahirkan orang-orang mukmin yang sejati, sebaliknya melahirkan orang-orang yang munafik dan pendusta. Aqidah adalah tidak dijual beli, tetapi aqidah itu akan berada pada manusia sepertimana mengalirnya darah dalam tubuh badan. Ia tidak boleh dipaksa. Sebab itulah al-Qur’an telah menegaskan maksud ini berulang-ulang kali:
'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)'. (Surah al-Baqarah : 256)

Dalam ayat lain:
'Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang rasul pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)'. (Surah al-Ghasyiyah : 21-22)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:
'Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?' (Surah Yunus: 99)
'Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya'. (Surah al-Qasas : 56)

Setiap insan berhak untuk berpegang dengan aqidahnya dan Allah jua yang akan mengambil kira dan menghukum manusia terhadap aqidah masing-masing. Itulah yang dikatakan toleransi dan kesederhanaan Islam. Islam tidak memaksa supaya orang menukar aqidahnya tetapi ia memandu manusia supaya mengenal kelebihan dan etika Islam serta nilai-nilai kerohanian Islam. Kemudian Allah memerintahkan supaya kita mengatakan:
'Dan katakanlah (wahai Muhammad) kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman, dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah ia mengingkarinya'. (Surah al-Kahfi : 29)

Ini kerana aqidah bukan paksaan.
Ungkapan yang keempat pula ialah: 'Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi'. Hendaklah kamu menjadi seorang pembaikan bukan perosak. Maksud ayat ini ialah jangan kamu lakukan, menuntut atau turut serta melakukan kemusnahan di muka bumi, bahkan jadilah kamu orang
yang membina bukan meruntuh, membaiki bukan merosak, memajukan bukan memundurkan dan menyatupadukan bukan memecahbelahkan. Jadilah kamu manusia yang mempunyai
hati, tangan dan lidah yang bersih, mempunyai akal yang sentiasa berfikir dengan sempurna, jauh dari penipuan, kezaliman dan permusuhan dan jauh dari kehinaan. Dan jadilah kamu sebagai manusia yang sukakan pembaikan dan bencikan kemusnahan. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T.
dalam ayat: 'Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi'.

Kemusnahan adalah bertentangan dengan pembaikan. Keganasan, ekstrim, kezaliman, permusuhan, pencerobohan dan penindasan adalah suatu kemusnahan. Dengan sebab itulah kita dapati puluhan ayat malah ratusan ayat al-Qur’an memerintah umat Islam supaya menjauhkan diri daripada sebarang kehinaan malah dituntut supaya merebut kebaikan dan kelebihan. Firman Allah yang bermaksud:
'Katakanlah: marilah supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu pun, dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan oleh Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syara’). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil'. Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya. 'Dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu), dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhi-Nya)'. 'Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu), mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa'. (Surah al-An’am : 151-153)

Demikianlah syariat Islam yang merupakan syariat keadilan, kedamaian, keamanan, kekuatan, keilmuan, persamaan antara manusia, persamaan antara lelaki dan wanita serta persamaan dari segi asal kejadian lelaki dan wanita yang dicipta dari asal yang satu. Firman Allah yang bermaksud:
'Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai'. (Surah al-Nisa’ : 1)

Sebagaimana persamaan antara lelaki dan wanita dari segi tanggungjawab syara’ seperti ibadat solat, zakat, puasa di bulan Ramadhan dan ibadat haji bagi yang mampu, maka begitulah juga persamaan dari segi tuntutan untuk menuntut ilmu yang mana kaum lelaki dan wanita sama-sama berkewajipan mencari ilmu. Rasulullah s.a.w. mengajar kaum lelaki dan dalam waktu yang sama juga baginda mengajar kaum wanita dengan ilmu pengetahuan yang berfaedah. Begitu juga persamaan antara lelaki dan wanita dalam melakukan pekerjaan yang mulia dan positif. Firman Allah yang bermaksud:
'Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki dan perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik'. (Surah al-Nahl : 97)

Firman-Nya lagi:
'Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): Sesungguhnya, Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada dari lelaki ataupun perempuan, (kerana) sebahagian daripada kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain'. (Surah ali-Imran : 195)

Di sebalik persamaan dalam berbagai-bagai perkara antara lelaki dan wanita, terdapat ciri-ciri tertentu yang dikhususkan oleh Allah kepada kaum lelaki dan ciri-ciri tertentu pula yang dikhususkan kepada kaum wanita dengan tujuan untuk digemblengkan perbezaan tadi bagi memakmurkan dunia. Ini bermakna sekiranya kaum lelaki atau kaum wanita cuba menafikan kewujudan ciri-ciri khusus tersebut, dengan menganggap kedua-dua makhluk ini tidak ada perbezaan langsung, nescaya akan musnahlah alam maya ini dalam tempoh seratus tahun atau kurang daripada itu. Akan tetapi kita harus menerima kenyataan bahawa Allah memperuntukkan ciri-ciri khusus bagi kaum lelaki dan bagi kaum wanita, yang mana sekiranya masing-masing menggunakan kelebihan-kelebihannya yang tersendiri dan bekerjasama antara kedua-duanya, maka akan makmurlah alam ini. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. dalam firman-Nya yang bermaksud:
'Dan janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian daripada kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnia-Nya'. (Surah al-Nisa’ : 32)

Begitulah berlakunya kemakmuran di bumi ini dan dari sini kita dapat lihat betapa syariat Islam itu adalah syariat pertengahan, kesederhanaan, toleransi dan mudah. Iaitu syariat yang memperuntukkan buat setiap manusia itu akan hak-haknya sama ada di kalangan lelaki ataupun wanita, kawan ataupun lawan, pemerintah ataupun rakyat mahupun muda ataupun tua. Itulah kesederhanaan Islam. Kesederhanaan syariat yang adil dan saksama. Firman Allah yang bermaksud:
'(Setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu). Firaun berkata: 'Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua hai Musa?' Nabi Musa menjawab: 'Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu kejadian tabi’inya yang sesuai dengannya, kemudian ia memberi petuntuk kepadanya akan cara menggunakannya'. (Surah Taha : 49-50)

Ini bermakna Allah menganugerahkan setiap manusia itu ciri-ciri khusus yang membezakannya dengan orang lain, kemudian mengilhamkan kepadanya terhadap apa yang boleh memberi manfaat kepada dirinya, ummahnya dan masyarakat yang dianggotainya. Allah memberi petunjuk kepadanya tentang perkara-perkara kebaikan dan kebajikan untuknya bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Kita berdoa kepada Allah S.W.T. supaya menjadikan perhimpunan-perhimpunan yang seperti ini untuk mencapai keredhaan-Nya dan mencatatkannya dalam neraca kebaikan kita semua bagi menghadapi hari pertemuan dengan Allah seperti firman-Nya yang bermaksud:
'(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah'. (Surah al-Infitar : 19)

Hanya sekian, terima kasih untuk semua


Tarikh : 08 August 1999
[Ruzita Binti Mokhtar]
Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]
Hits : 8246