Tuesday, March 20, 2012

Human Management is more important than science

Apabila ada skru/punat/bolt yang sukar untuk di putar/buka dengan spanar pendek yang kita guna, kita hendaklah tukar spanar yang lebih panjang/besar supaya daya yang sampai lebih besar dengan menggunakan tenaga yang lebih kecil. Adalah bodoh jika kita terus mencuba dengan spanar yang pendek tadi sehingga skru tadi tercabut tapi menyebabkan kita keletihan kerana terpaksa mengeluarkan tenaga yang berlebihan.

kesimpulan : hendaklah kita selesaikan masaalah dengan mencari "cara/idea/teknik/pengurusan" yang baru yang segar dan bukan dengan usaha yang gila

sesungguhnya hanya Al-quran dan Assunnah sahaja yang benar selama-lamanya

Trivia:jika kita menekan dinding dengan tapak tangan/badan kita selama berbillionx100000 tahun, kita mungkin akan dapat menembusi dinding itu-theory of apa ntah aku tengok kt discoveryCH....

Friday, January 20, 2012

Palestin

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1)

Palestin bukan sahaja merupakan kiblat pertama dan tanah para nabi-nabi, malah di tanah palestin Nabi Muhammad telah diMikraj ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha, ‘Arasy dan Singgahsana (Kursi) Allah dan menerima wahyu dari Allah Yang Maha Besar.

Mungkinkah tanah palestin itu adalah satu tempat yang mana manusia mampu menembusi dimensi masa?. Mungkin inilah sebab utama mengapa golongan zionis mahu menguasai tanah palestin.

Antara tempat lain yang Allah telah mengizinkan manusia menembusi dimensi masa adalah seperti yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi di mana 7 pemuda dan seekor anjing telah mampu hidup tanpa melalui proses penuaan selama 300 ratus tahun.

Wednesday, January 18, 2012

Mengapa rakyat jepun tidak pandai cakap inggeris?

1.Teknologi mereka adalah hak milik mereka, ianya tidak diambil dari negara barat. Semua syarikat elektronik jepun, sony, Nikon, canon, casio, sharp, menghasilkan teknologi mereka sendiri melalui kajian dan inovasi dan bukannya diambil terus dari barat. Maka dari pencipta, pereka, penghasilan dan pembaikian dan manual book mereka semua dihasilkan dalam bahasa jepun. Jadi, untuk bekerja dengan syarikat ini, tidak perlu fasih dalam bahasa inggeris kerana dari A sampai Z, semuanya dalam bahasa jepun.

2.Sama halnya dengan syarikat seperti Toyota, Nissan dan Honda.

3.Sama seperti germany dengan teknologi barangan perubatan dan alat-alatan kejuruteraan

4.Sama seperti eropah, Russia dan Amerika dengan teknologi aeroangkasa seperti NASA, Boeing, Airbus, dan Lockheed martin.

Di mana kita orang Melayu sekarang ? sampai bila kita mahu berpuisi, bersyair dan berbalas pantun dalam bahasa melayu.

Friday, November 18, 2011

Cardiothoracic surgeon and Anaesthesiologist

Imam Muslim meriwayatkan dari Anas ibnu Malik (r.a.): "Bahawa Muhammad (s.a.w.) ketika masih kecil didatangi oleh Malaikat Jibril (a.s.), sewaktu Baginda bermain-main bersama kanak-kanak yang sebaya dengan Baginda. Malaikat Jibril (a.s.) segera mendakap Baginda untuk membedah dada Baginda. Lalu hati Nabi Muhammad (s.a.w.) dikeluarkan bersama gumpalan darah yang menyelimuti hati Baginda. Malaikat Jibril berkata:" Ini adalah bahagian yang dikuasai syaitan.". Kemudian hati tersebut dibasuh di atas mangkuk, bekas yang diperbuat daripada emas, dengan air zamzam. Setelah selesai, hati Baginda dicantum semula ke tempatnya. Rakan-rakan Baginda waktu itu, berlari-larian menuju kepada ibu mereka yang juga adalah sebagai ibu angkat Nabi Muhammad (s.a.w.). Mereka mengadukan halnya bahawa Baginda (s.a.w.) telah pun dibunuh. Mereka bergega segera datang dan mendapati yang Baginda (s.a.w.) kelihatan berwajah pucat." Anas (r.a.) berkata "Saya pernah menyaksikan kesan jahitan di dada Baginda, ekoran peristiwa itu."

Dalam riwayat yang disampaikan Imam Bukhari disebutkan, "Diriwayatkan dari Anas ibnu Malik (r.a.), berkata: "Abu Zar (r,a.) pernah menyampaikan sebuah berita bahawa Rasulullah (s .a.w.) bersabda "Pernah suatu ketika bumbung rumahku terbuka sewaktu aku masih di Makkah. ketika itu turunlah malaikat Jibril (a.s.). Ia kemudian membedah dadaku dan mernbasuhnya dengan air zamzam. Selepas ia datang membawa mangkuk yang terbuat daripada emas, yang dipenuhi dengan hikmah dan keimanan. Isi mangkuk itu kemudian dimasukkan ke dalam dadaku dan segera ditutupnya. Kemudian ia memimpin tanganku dan kami naik ke langit dunia."

Adakah malaikat Jibril merupakan pakar kardiotorasik dan pakar anaesthesia yang hebat ? Malaikat jibril pernah membawa Nabi Muhammad memecut pada kelajuan berjuta kali ganda kejuan cahaya sehingga mereka mampu memecah dimensi alam manusia.

Teknologi apakah yang digunakan oleh jibril sewaktu pembedahan itu ? Kajian seribu tahun pun belum tentu akan membuahkan hasil. Yang tentu pembedahan itu dilakukan di muka bumi, menggunakan air zam-zam dan ianya dilakukan ke atas nabi Muhammad, seorang yang mempunyai batas-batas fisiologi sama seperti semua manusia anak-anak Adam.

Fikir-fikirkan, tetapi jika terlalu banyak sangat berfikir pun tak berguna akhirnya.

Wednesday, May 18, 2011

Sangkakala

Firman Allah s.w.t:
“ Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah (gerun gementar) makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. (Surah an-Naml : 87) ”

Firman Allah s.w.t:
“ Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta-merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). (Surah az-Zumar : 68) ”

Firman Allah s.w.t:
“ Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya. (Surah Yassin : 51) ”


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
“ Ketika seorang Yahudi menawarkan barang dagangannya dan telah diberi sedikit gambaran bahawa beliau belum merasa puas hati atau tidak meredainya, kalau tidak silap namanya Abdul Aziz berkata: Tidak, demi Zat yang telah memilih Nabi Musa a.s kepada manusia. Seorang lelaki Ansar yang mendengar kata-katanya terus menampar mukanya dan berkata: Kamu berkata Demi Zat yang telah memilih Nabi Musa a.s kepada manusia? Bukankah Rasulullah s.a.w telah berada di tengah-tengah kita? Lalu orang Yahudi tersebut pergi menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Abu Al-Qasim! Sesungguhnya aku memiliki jaminan dan perjanjian, tetapi si anu telah menampar mukaku. Rasulullah s.a.w bertanya kepada lelaki Ansar tadi: Kenapa kamu menampar mukanya? Beliau menjawab: Orang Yahudi telah berkata bahawa demi Zat yang telah memilih Nabi Musa a.s kepada manusia. Bukankah engkau berada di tengah-tengah kami? Rasulullah s.a.w menampakkan wajahnya yang marah dan bersabda: Janganlah kamu mengutamakan di antara para utusan Allah. Sesungguhnya sangkakala iaitu sejenis serunai akan ditiup. Apa yang berada di pelosok langit dan di bumi akan mati, melainkan orang-orang yang dikehendaki oleh Allah. Pada tempoh yang lain pula sangkakala iaitu sejenis trompet akan ditiup lagi. Maka aku adalah orang pertama yang dibangkitkan. Apabila Nabi Musa a.s telah berpegang pada Arasy, aku tidak tahu adakah telah diperhitungkan kematian Musa a.s (dengan tiupan sangkakala) pada hari At-Tur atau beliaukah yang telah dibangkitkan sebelum aku dan aku tidak akan berkata: Sesungguhnya ada seorang lelaki yang lebih utama daripada Yunus bin Matta a.s
(Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4376)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
“ Rasulullah saw. bersabda: Jarak waktu antara dua tiupan sangkakala itu adalah empat puluh. Mereka bertanya: Wahai Abu Hurairah, apakah empat puluh hari? Ia menjawab: Aku tidak dapat menyebutkan.
Mereka bertanya lagi: Empat puluh bulan? Ia menjawab: Aku tidak dapat menyebutkan. Mereka bertanya lagi: Empat puluh tahun? Ia menjawab: Aku tidak dapat menyebutkan. Kemudian Rasulullah saw. bersabda lagi: Lalu Allah menurunkan hujan, sehingga mayat-mayat tumbuh (bangkit) seperti tumbuhnya tanaman sayuran. Tidak ada satu bagian tubuh manusia kecuali semua telah hancur selain satu tulang, iaitu tulang ekornya dan dari tulang itulah jasad manusia akan disusun kembali pada hari kiamat. (Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5253)

1. Serunai/trompet berupa apakah yang yang dapat mengeluarkan gelombang yang dapat memanipulasi roh dan jasad, juga dapat mengganggu kestabilan hukum fizik dan kimia sehingga hancur semuanya ?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan 40 ?

Jawapan kepada solan ini mungkin dapat dijawab dalam masa 100 atau 200 tahun lagi oleh sekumpulan manusia. Seorang manusia biasa tidak mempunyai masa yang cukup untuk mencari jawapan. Yang pasti manusia yang paling bijak adalah yang mengingati mati

Thursday, April 21, 2011

Universiti Malaya

Hal ini saya ambil dari buku Dr. Mahathir, Dilema Melayu.
Dalam bukunya menerangkan bahawa status pendidikan kaum melayu(tinggal di desa) sangatlah jauh ketinggalan dari kaum bukan melayu(tinggal di bandar), dan jika perbezaan ini tidak dapat diperbaiki, ia akan menyebabkan jurang perbezaan kaum yang lebih besar. Universiti Malaya sewaktu ini(70an) menuntut kebebasan politik dan menegaskan bahawa mereka adalah sebuah institut pengajian tinggi yang professional yang mementingkan kelayakan dan taraf akademik, mereka tidak akan ambil kira asal-usul kaum dan tidak mengamalkan diskriminasi. Kesannya adalah lebih diskriminasi hasil daripada hal yang dinyatakan diatas. Universiti pastilah tidak dapat menyeleweng daripada matlamat mereka. Hanya satu isu 70an yang menarik bagi saya untuk dikongsikan

Tuesday, April 19, 2011

Palestin

Tanah Palestin dan daerah sekitarnya mempunyai rahsia yang sangat istimewa

Di sanalah Rasullallah S.A.W diangkat ke langit ke-tujuh untuk menemui Allah

Di sanalah nabi Sulaiman memerintah manusia dan jin

Dan di sanalah Dajjal bakal memerintah dunia

Persamaan peristiwa-peristiwa di atas menjelaskan bahawa di bumi palestinlah manusia mampu menembusi dimensi masa dan melangkah ke alam ghaib(dengan kehendak ALLAh).

Mungkin juga, peristiwa ashabul-kahfi berlaku di sekitar palestin

Fikir-fikirkanlah, selamat beramal

Saturday, April 9, 2011

70th, Mengapa Kita sangat perlu berhati-hati

Ketika saya memikirkan sesuatu isu seperti isu proton dan isu minyak, saya menyedari betapa sedikitnya maklumat yang saya ada mengenai isu-isu berkenaan.

Saya suka berbincang dengan sahabat-sahabat tentang isu minyak dan isu proton, sama ada yang sependapat ataupun yang tidak, maka ketika mengutarakan pendapat masing-masing, saya mendapati semua maklumat yang diberikan adalah maklumat umum, yang boleh didapati di dalam blog-blog tempatan, surat khabar, ceramah-ceramah umum dan dari mulut ke mulut. pada pandangan saya, hanya menteri, CEO dan eksekutif sahaja yang mempunyai maklumat yang cukup bagi membolehkan kita menganalisis isu-isu ini. Sudah tentu CEO petronas tidak akan mendedahkan semua maklumat untuk kita bincangkan secara umum, menteri sudah tentu hanya memberikan maklumat yang berupa "berita gembira" dan maklumat yang menyebelahi keputusan mereka, begitu juga ceramah-ceramah, blog-blog, surat khabar, dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Minyak jenis apakah yang dihasilkan oleh Petronas, syarikat luar negara manakah yang bekerjasama dengan petronas, dari mana kita mendapat ron 95 dan 97, dari manakah kita mendapat tenaga professional, agreement apakah yang sudah kita tandatangani dan dengan siapa, produk manakah yang boleh mendatangkan untung yang paling lumayan. Maklumat lain antaranya melibatkan sifat manusia itu sendiri, antaranya, berhutang budi, kasihan, pemurah, tamak, terpaksa, melindungi proksi dan macam-macam lagi kerenah manusia yang sukar difahami oleh manusia lain padahal mereka sendiri mempunyai masaalah yang sama.

Saya juga sangat suka mendengar pendapat tentang proton samaada yang baik atau yang buruk,tetapi malangnya pihak yang mengutuk proton selalunya adalah mereka yang tidak terlibat langsung dengan syarikat berkenaan,kalau boleh saya ingin berbincang dengan jurutera proton sendiri dan bertanyakan soalan yang sudah lama saya ingin ajukan seperti, kenapa lama sangat proton nak buat enjin sendiri?, kenapa design gen2 dan persona buruk sangat?, kenapa barang dalam kereta mudah rosak?, kenapa harga mahal dari BMW ?, dari manakah mereka mandapat "raw material"?, berapakah untung untuk setiap unit ?, tak malukah menjual produk jepun ?

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana maklumat boleh dirahsiakan, dimanipulasikan, diubah, dan direka-reka samaada dari pihak "pro ataupun pembangkang". Hanya Alquran dan sunnah sahaja yang suci dari segala jenis penyelewengan, maka sibukkan diri anda dengan perkara-perkara yang lebih suci, contohnya berzikir, mendoakan ibu-bapa, memuliakan sahabat-sahabat dan menjaga kebersihan, InsyaAllah, Islam mengutamakan Iman dan Takwa lebih dari kemajuan dan harta benda.

Saturday, March 12, 2011

Damai yang hilang

Demokrasi adalah sistem pemerintahan "mengikut kehendak rakyat" ataupun "suara majoriti" untuk mencapai kedamaian dan kemajuan. Saya menyokong sistem pemerintahan islam iaitu "mengikut kehendak Allah", saya juga percaya bahawa jika pemerintahan "mengikut kehendak Allah" dilaksanakan, alam sekitarnya pasti akan bergolak,sama seperti di zaman RasulAllah. Tetapi, masa depan siapa yang tahu ?. Semoga kita mendapat hidayah Allah dalam kembara mencari damai yang hilang.

Kelajuan cahaya adalah tepat 299 792 458 meter/saat. Jika kelajuan ini berubah walaupun sesaat, dunia tidak akan terbentuk seperti mana sekarang. Hanya Allah yang tahu.

Thursday, January 6, 2011

Dunia Tanpa Batas.

saya pernah dahulu berpendapat bahawa selaps kiamat, semua hukum2 fizik dan kimia tidak akan digunapakai tetapi saya rasa saya telah tersilap.
saya sekarang percaya bahawa hukum2 fizik dan kimia akan terus digunapakai sehingga bila2 di syurga atau dineraka, selagi Allah masih mengekalkan penciptaan makhluk dan hanya Tuhan sahaja yang tidak terpengaruh dengan hukum2 fizik dan kimia.
sebabnya, malaikat masih mengambil masa untuk pergi menghadap Allah.

“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (mengadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya 50 ribu tahun”.

bermakna malaikat juga terikat dengan fizik dan sesungguhnya malaikat jugalah yang akan menjadi facilitator di syurg/neraka.

dan diceritakan di neraka manusia akan diseksa dengan sebenar-benar azab sehingga badan mereka hancur dan selepa itu, tubuh badan mereka akan kembali seperti asal dan seksaan akan berterusan. ini bermaksud untuk merasa sakit di neraka, manusia mesti dalam bentuk jasad sama seperti di dunia sekarang. sama lah juga di syurga, untuk merasa kesengan di sana, manusia mesti berkeadaan sama seperti di dunia secara fizikal, kimia dan biological.

kesimpulannya, ilmu fizik, kimia dan biologi yang kita tahu sekarang sangatlah tidak lengkap. Kita tidak diberikan ilmu oleh Allah melainkan SANGAT SEDIKIT, tetapi sedikit itu sangat subjektif.
bayangkan jika kita boleh bergerak lebih laju dari cahaya
bayangkan jika kita boleh makan tanpa kenyang
bayangkan jika sel-sel badan boleh ber mitosis/meiosis sehingga berjuta-juta kali

dan sesungguhnya manusia yang paling bijak ialah yang mengingati mati.

sekian,