baca dengan sabar dan berhati2,
"Tatkala sudah habis eddahku,aku mendengar suara pemanggil yang ditugaskan oleh Rasulullah saw. untuk memanggil orang ramai dengan seruan "As Shalata Jamiah". (Ertinya: Marilah berkumpul untuk mengerjakan sembahyang) , lalu akupun pergi ke masjid dan aku sembahyang bersama dengan Rasulullah saw. dan aku berada di saf para wanita dan aku duduk berhampiran dengan bahagian belakang para makmum lelaki.Sebaik sahaja selesai Rasulullah saw. sembahyang,Baginda terus naik ke atas mimbar sambil tertawa dan seraya berkata :
" Hendaklah masing-masing kamu duduk di tempat sembahyangnya".
Kemudian Baginda bersabda pula :
" Tahukah kamu kenapa kamu semua aku kumpulkan". Sahabat menjawab : " Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui". Lalu Baginda bersabda :
" Sesungguhnya demi Allah aku tidak menghimpunkan kamu kerana mengharap sesuatu atau takut dari sesuatu tetapi aku menghimpunkan kerana Tamim Ad Dari adalah berasal dari seorang Kristian lalu ia datang menemui aku dan menyatakan keislamannya dan telah berjanji setia untuk taat kepadaku dan beliau juga telah bercerita kepadaku akan suatu cerita yang sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu berkenaan dengan "Al Masih Ad Dajjal".
Beliau bercerita kepadaku bahawasanya beliau pada suatu masa dahulu pernah mengharungi lautan bersama-sama dengan 30 orang lelaki dari kabilah Lakhm dan Juzdam,lalu mereka dipukul oleh gelombang yang besar selama satu bulan sehingga akhirnya mereka sampai ke suatu pulau yang ada di tengah-tengah lautan yang merupakan tempat tenggelamnya matahari.Apabila telah sampai di situ mereka pun menaiki sampan kecil**yang mereka gunakan untuk berlabuh di pulau itu. Sebaik sahaja mereka masuk dalam pulau itu mereka sangat terkejut apabila bertemu dengan seekor binatang yang berbulu kasar dan tebal.Binatang ini tidak dapat diketahui jantinanya kerana tidak dapat dikesan di sebelah mana duburnya dan di sebelah mana kemaluannya disebabkan bulunya yang terlalu tebal. Lalu mereka bertanya kepada binatang ini,Siapa kamu ?
Binatang itu menjawab : "Akulah Jassasah" (tukang intip rahsia). Mereka bertanya lagi : Apa itu Jassasah ? Binatang itu menjawab pula : "Tak usah panjang cerita dan hendaklah kamu pergi menemui seorang lelaki yang ada di tempat pertapaan ini kerana ia sangat rindu mendengar berita dari kamu".
Apabila binatang ini menyebutkan di dalam pertapaan itu ada seorang lelaki,kami menjadi takut daripadanya kerana boleh jadi ia adalah syaitan betina***. Seterusnya kami pun cepat-cepat masuk ke dalam pertapaan itu,tiba-tiba kami menjumpai di dalamnya sebesar-besar manusia yang pernah kami lihat yang dirantai dengan sekuat-kuatnya.Kedua tangannya dibelenggukan ke lehernya.Kakinya dirantai dengan besi dari kedua lututnya sampai ke kedua buku lalinya. Kemudian lalu kami bertanya kepadanya :"Siapa engkau ? Ia menjawab : "Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku ini (jadi aku tak perlu lagi menceritakannya), bahkan kamu ini siapa ? . Kami menjawab : "Kami adalah dari bangsa Arab.Kami telah berlayar dan secara kebetulan laut sedang bergelora lalu perahu kami dipukul ombak yang besar selama satu bulan dan akhirnya kami tersangkut di pulau kamu ini.Lalu kami menaiki sampan-sampan kecil dan kami pun dapat memijakkan kaki di pulau ini.Kami sangat terkejut apabila kami ditemui oleh seekor binatang yang berbulu tebal yang tidak dapat diketahui kemaluannya dari duburnya disebabkan bulunya yang terlalu tebal itu.Apabila kami bertanya kepadanya,Siapa engkau ? Ia menjawab :"Aku adalah Jassasah (mata-mata)". Kami bertanya lagi: Mata-mata apa itu ?. Ia menjawab: " Sudahlah,pergilah kamu menemui seorang lelaki yang ada di dalam pertapaan ini kerana ia sangat merindukan berita daripada kamu". Mendengar perkataannya tadi kami merasa takut daripadanya dan kami pun bersegera datang menemui engkau.Kami tak tahu apakah ia itu seorang syaitan betina".
Setelah mendengar perkataan kami tadi,lelaki yang dirantai itu lalu bertanya :"Cuba ceritakan kepadaku bagaimanakah kebun kurma di Baisan ? Kami menjawab : Dari sudut apa yang mahu kau tanyakan ? Lelaki itu berkata : Aku bertanya apakah ia masih berbuah ? Kami menjawab : Ya ! Ia masih berbuah.Lalu ia berkata : "Sesungguhnya hampir ia tidak akan berbuah lagi".Lelaki itu bertanya pula: Bagaimana pula tentang tasik Thabariah ?. Kami menjawab : Tentang hal apakah yang kamu tanyakan ? Ia berkata lagi: Apakah masih ada airnya ? Kami menjawab: Airnya masih banyak.Lalu ia berkata: "Sesungguhnya tidak lama lagi ia akan kering". Kemudian ia bertanya pula : Bagaimana pula dengan mata air Zughar ? Kami menjawab : Tentang keadaannya yang mana kamu tanyakan ? Ia berkata : Apakah masih ada airnya dan apakah penduduk disekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka ? Kami menjawab :"Ya ! Airnya masih banyak dan penghuni yang berada disekelilingnya masih menggunakan mata airnya itu untuk tanaman mereka".Kemudian ia bertanya lagi : Bagaimanakah nabi orang-orang ummiyyin (maksudnya Nabi orang-orang arab,iaitu Nabi Muhammad saw.) Apakah yang dikerjakannya ? Kami menjawab : Ia telah lahir di Makkah dan telah berhijrah ke Negeri Yatsrib (Madinah). Ia bertanya pula : Apakah orang-orang Arab memeranginya ? Kami menjawab : Ya ! Mereka memeranginya. Ia bertanya lagi:"Terus bagaimana perlakuannya terhadap mereka". Kami menjawab : "Ia banyak memperolehi kemenangan terhadap mereka,bahkan hampir semua orang Arab yang ada di sekelilingnya telah mengikutinya". Ia bertanya pula : Sungguhkah itu terjadi ?.Kamim menjawab : Ya ! Sungguh itu telah terjadi.Ia berkata pula : "Kalau mereka mengikutinya,maka itulah yang lebih baik.Maka sekarang ini saya mahu mengkhabarkan kepada kamu,siapa sebenarnya saya. Saya adalah "Al Masih Ad Dajjal". Rasanya sudah hampir diizinkan aku akan keluar.Bila aku keluar aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehingga tiada ada sebuah kampung juga pun kecuali akan aku datangi,iaitu dalam tempoh empat puluh hari,selain dari Makkah dan Thaibah maka aku ditegah dari memasuki kedua-duanya ini.Bila aku cuba hendak masuk yang mana satu antara dua bandar ini,aku akan dihadang oleh para Malaikat dengan pedang yang hunus.Mereka mengawal kedua-dua bandar itu daripadaku dan sesungguhnya pada setiap bahagiannya ada Malaikat yang menjaganya.
Berkata Fatimah Binti Qais (perawi hadis ini) : Lalu Rasulullah saw. menghentak mimbarnya dengan tongkat yang ada ditangannya sambil bersabda : Inilah Thaibah,inilah Thaibah,inilah Thaibah yakni Madinah.( Wahai para sahabatku)! Bukankah telah aku persampaikan berita ini kepada kamu ? Sahut sahabat : Ya! Wahai Rasulullah! Lalu Nabi saw. menambah lagi,
"Sesungguhnya aku sangat tertarik dengan cerita Tamim Ad Dari ini oleh kerana ia sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepadamu sekalian terutamanya tentang keistimewaan Makkah dan Madinah.Perhatian! Dajjal itu sebenarnya berada di Laut Syam atau****di Laut Yaman.Sesungguhnya ia berada di arah Timur.Sesungguhnya ia berada di arah Timur.Sesungguhnya ia berada di arah Timur,sambil Baginda saw. mengisyaratkan dengan tangannya ke arah Timur.Kata Fatimah : Maka itulah yang aku hafal daripada Rasulullau saw.
(H.R.MUSLIM)
betul2 ada manusia yang telah dapat bertemu dengan almasih addajjal, kerana dikatakan dajjal ini tinggal di dimensi yang berlainan dari dimensi manusia.